Jom lihat Testimoni Mathzier oleh ibubapa yang membeli Mathzier Digital. Anak-anak yang tidak faham dalam pelajaran akan membuatkan mereka tertinggal dan tidak suka subjek tersebut.
Itu lumrahnya. Sesuatu yang kita rasa susah, kita akan hindari dan benci. Kita dulu pernah kecil seperti mereka, dan kita faham sebenarnya apa yang dilalui oleh mereka.
Ramai ibu bapa yang cuba membantu anak-anak mereka mengulangkaji dan membuat kerja rumah mereka.
Namun begitu, pembelajaran di rumah tidak semudah yang disangka.
Contohnya bila anak tanya cara nak jawab soalan dari kerja rumah atau yang mereka tak faham di sekolah. Ramai ibubapa menjadi singa, stress tak mampu nak memberi faham kepada anak mereka.
Mereka faham soalan, mereka tahu jawapan, mereka tahu kira. Namun sebaik mereka ajar anak-anak mereka, anak-anak itu tidak faham tunjuk ajar mereka.
Itu menjadi masalah kebanyakan ibubapa sekarang. Bukan mereka tidak mahu bantu, bukan mereka tidak sokong pembelajaran anak-anak, namun faktor itu memain peranan.
Kini ada penyelesaian untuk masalah tersebut. Modul Mathzier Digital.
Satu modul yang Cikgu Fadli bina bersama 3 lagi guru pakar yang lain. Ia modul lengkap untuk mengatasi masalah tersebut.
Ada rakaman video pengajaran sub topik demi sub topik. Anak-anak boleh tonton video tersebut berulang kali sehingga faham.
Rujuk pula nota lengkap siap contoh yang kami bina, kemudian terus buat modul latih tubi yang disertakan dengan skema jawapan sekali.
Bahkan dalam setiap nota dan modul, turut ditulis muka surat buku teks yang murid perlu rujuk. Senang mereka nak rujuk semula atau buat latih tubi soalan buku teks pula.
Banyak testimoni yang diterima dari mereka yang dah pun dapatkan modul Mathzier ini. Baca sendiri testimoni ikhlas dari mereka ini.
Ayuh kita bantu anak-anak kita dalam pelajaran. Kita sokong mereka agar mereka terus minat dalam belajar.
0 Comments