Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh
Taburan jawapan yang di sediakan Lembaga Peperiksaan Malaysia biasanya hampir sama. Bermakna dalam 40 soalan, 10 jawapan A, 10 jawapan B, 10 jawapan C dan 10 jawapan D.

Maka murid yang langsung tak boleh mengira, malah nombor pun mereka tak kenal, operasi asas pun tidak kuasai, tidak pula pandai membaca, ada guru/ibu bapa ajar mereka untuk tandakan satu jawapan sahaja.
Kalau tanda A, biar nombor 1-40 tu A belaka. Peluang untuk betul sekurang-kurangnya 8 dan maksima 12 sangat tinggi.
Berbanding mereka tembak buta tuli, kadangkala ada yang dapat bawah 5!
#MFS
0 Comments