Tolong jangan bandingkan saya – Cikgu Mohd Fadli Salleh

video-kafa

Tolong jangan bandingkan saya.

“Cikgu Fadli ajar anak suka dan cepat faham. Cikgu sekolah anak saya ajar anak bosan, tak faham pula tu”.

Jangan!

Jangan bandingkan saya dengan guru-guru anak-anak kalian. Kecil hati cikgu tu yang mendengar nanti.

Kawan-kawan. Saya buat kelas LIVE secara percuma di Fb ini bukan untuk kalian membandingkan siapa bagus siapa tidak. Bukan nak tunjuk hebat.

Bukan nak tunjuk power.

Tidak.

jangan-bandingkan-saya

Berulang kali saya bagitahu sebelum saya buat kelas LIVE dulu, saya takut. Risau.

Debor. Sejujurnya awalnya saya tak setuju pun nak buat kelas secara LIVE ini.

Namun memandangkan ada permintaan, memandangkan saya rasa ianya dapat membantu sangat ramai murid dan ibubapa, saya menyahut cabaran itu.

Ia tidak mudah. Ia sebenarnya cabaran besar buat saya.

Saya bukan sahaja diperhati oleh murid-murid dan ibubapa. Saya diperhati oleh rakan-rakan guru lain. Guru otai, guru pakar, guru cemerlang, guru adiwira, ikon guru PAK21, SISC+, jurulatih kebangsaan, jurulatih negeri, jurulatih daerah, pensyarah IPGM, Nazir, PPD, JPN dan KPM.

Merelakan setiap tindak tanduk saya diperhati, cara mengajar saya diteliti dan diamati oleh mereka yang pakar dalam profesion ini amat menakutkan sebenarnya.

Tapi saya tetap kentalkan hati untuk teruskan juga. Saya ingin menyumbang sesuatu pada ibubapa dan murid-murid saat mereka semua mula rasa tertekan dengan pembelajaran secara maya ini.

Dan alhamdulillah, kelas LIVE kali pertama berjalan dengan lancar. Ia mendapat sambutan hangat, murid-murid suka, ibubapa pun puas hati. Syukur dan lega sangat saya rasa bila ianya berjalan lancar.

Sejurus selepas LIVE kali pertama, saya terus membuat refleksi. Sesi refleksi secara LIVE saya luah, dalam bentuk tulisan pun saya tulis di wall saya. Ini point utama refleksi saya tempoh hari. Baca semula dan fahamkan :

  1. Saya bukan nak tunjuk hebat. Saya nak menyumbang sesuatu pada murid-murid dan ibubapa.
  2. Semua guru adalah terbaik dan guru paling bagus adalah guru-guru yang mengajar anak-anak kalian.
  3. Saya bukan sesiapa. Bukan guru pakar. Bukan guru cemerlang. Bukan jurulatih kebangsaan, negeri atau daerah. Jauh sekali guru adiwira. Saya hanya seorang guru biasa.
  4. Jika ada yang kalian nampak sebagai kelebihan, ia cuma setitis ilmu yang dipinjamkan Tuhan. Tiada sebesar zarah kehebatan dari diri saya sendiri.
  5. Setiap sambutan yang diberi, setiap kata puja dan puji, bukan untuk saya meninggi diri. Bukan untuk saya rasa hebat atau memandang rendah pada orang lain. Ia untuk saya ucapkan syukur atas sedikit kelebihan pinjaman Tuhan dan dapat dimanfaatkan kepada ramai orang.
  6. Apa yang saya persembahkan dalam setiap pengajaran datangnya dari pengalaman. Ia cara saya mengajar sejak sekian lama.
  7. Saya tidak betul dan benar pada setiap masa. Saya mungkin akan ada melakukan kesilapan. Tegurlah.

Kawan-kawan.

Berhenti bandingkan saya dengan sesiapa ya. Tambah-tambah dengan guru-guru anak kalian sendiri.

Mereka guru yang sangat hebat, cuma belum jumpa rentak sahaja lagi. Bila kilauan permata dan kehebatan mereka memancar, saya sendiri tak dapat menandingi.

Saya cuma seorang guru biasa. Yang cuba sedaya upaya memberi manfaat sebanyak mungkin kepada sesiapa semasa masih ada kudrat, masih sihat dan masih ada nyawa.

Begitulah.

#MFS
– Usah lagi membanding-banding. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930