Tips Penting Untuk Menjawab Soalan Penyelesaian Masalah

Tips Penting Untuk Menjawab Soalan Penyelesaian Masalah


Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh  Mata Pelajaran: Matematik  Tahun/Tingkatan: Kelas Umum

 

Seorang bapa pm aku soalan ini malam tadi. Katanya anaknya pandai baca kira, namun sangat lemah dan gagal memahami soalan berbentuk penyelesaian masalah.

 

soalan-penyelesaian-masalah

 

Baik tuan puan. Aku kongsi cara bagaimana nak memberi anak faham soalan jenis ayat atau penyelesaian masalah ni.

 

Ada beberapa tips penting untuk kuasai soalan jenis ini.

1) Baca soalan berulang kali supaya faham kehendak soalan dan kenalpasti maklumat penting dalam soalan.

2) Garis atau bulatkan maklumat penting. Biasanya ada lebih dari satu maklumat penting dalam satu soalan.

 

soalan-penyelesaian-masalah

 

3) Kena kenal kata kunci untuk tentukan operasi. Biasanya kata kunci yang lazim digunakan ialah :
i) Baki/beza. (operasi tolak)
ii) Jumlah. (operasi tambah)
iii) Agih sama banyak (bahagi)
iv) Setiap orang dapat/dan seerti dengannya (darab)
v) Untung/rugi

Itu kelaziman maksud kata kunci yang diberi dalam ayat. Ada banyak lagi kata kunci yang boleh menjelaskan apa operasi yang perlu kita guna untuk selesaikan masalah. Kena tahu.

4) Fahami kehendak soalan. Kebiasaannya, kehendak soalan/apa yang murid perlu cari/jawab terletak pada ayat terakhir.

5) Jika soalan dimasukkan gambar rajah, carta, graf dan sebagainya, sebahagian maklumat soalan ada pada gamba rajah tersebut. Kena pandai keluarkan maklumat dari petikan dan gambar rajah.

6) Selesaikan. Kena juga ingat, biasanya soalan 2 dan 3 markah memerlukan lebih dari satu jalan kira/operasi. Jangan cuai!

 

**** Tips ini terpakai pada semua tahun dari tahun 1- tingkatan 6.

 

Untuk soalan ini, bagaimana kalian boleh bantu anak memahami dan menjawab?

Ajar dia kenal pasti kehendak soalan. Garis apa maklumat penting dan apa yang soalan nak.

Macam soalan 14 (b),

WAJIB GARIS
-> 25 murid.
-> 9 Murid pakai cermin mata
-> Berapa tidak pakai cermin mata.

Kena tanya dia begini untuk meransang mereka berfikir :-

“Berapa orang murid dalam kelas?”

“25”

“Berapa yang pakai cermin?”

“9 orang”

“Soalan tanya apa”

“Murid tak pakai cermin”

“Apa operasi kena guna? Kena tolak ke kena tambah?”

Teknik penyoalan pun kena betul untuk meransang mereka. Soalan yang kita aju mesti mendorong murid berfikir dan menyelesaikan sendiri. Bukan terus cakap kat anak,

“Yang ni senang je. 25 tu tolak la 9. Dapat la jawapan.”

Ha, itu teknik yang salah. Sampai bila-bila anak tak faham tau.

Cubalah bantu anak ulangkaji dan perbetulkan kesalahan mereka ya.

Ikuti tips Matematik dan isu semasa pendidikan di channel telegram  :-
t.me/EbookCikguFadli

Klik je lepas join. Bersama kita lahirkan anak-anak celik Ilmu Hisab. Yeahhh!
#MFS

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031