tudung-si-comel
pentagonmath
misteri-meja

Apa yang misteri tentang meja ini?

 

Waktu hampir semua murid dah pulang, seorang bapa datang jumpa,

“Cikgu. Saya nak teman anak saya masuk jap. Dia tertinggal botol air kat kelas”.

“Tupperware ke bang?”

“Ya, cikgu”.

“Wajib cari sampai jumpa bang. Balik tanpa Tupperware macam kita terjun ke kandang rimau lah”.

“Haha”.

Gelak pula dia. Laju je berjalan masuk kelas anak dia. 3 minit kemudian dia keluar dan datang kat aku.

“Dah jumpa cikgu. Legaaa. Balik ni singgah beli goreng pisang pula, sampai rumah terus jadi syurga”.

“Hahaha”.

Giliran aku pula gelak. Kemudian dia sedikit berbisik kat aku,

“Cikgu. Seriuslah cikgu. Saya dulu sekolah sini. Tahun 1995. Dah lebih 30 tahun dah la”.

“Kenapa bang?”

Debor pula aku bila dia kata gitu. Dia ada nampak apa-apa ke dalam kelas tadi? Maklumlah, dia masuk cari Tupperware pun fah dekat jam 7 malam. Mungkin nampak kelibat kr apa.

“Bukan apa cikgu. Saya perasan meja dalam kelas tu macam meja zaman saya dulu. Saya pun perhatikan satu meja ni…”

Semakin berbisik dia cakap dengan aku tak nak bagi anak dia dengar. Makin berdebar dada aku.

“Kenapa dengan meja tu? Bergerak sendiri ke apa?”

“Sah itu meja saya zaman dulu. Ada lagi nama saya dan nama awek yang saya ukir kat bawah meja tu”.

“Seriuslah bang?”

“Iyaaaa cikgu. Cikgu tak percaya jom saya tunjuk”.

“Tak payah la tunjuk. Saya pun tahu banyak barang sekolah ni uzur-uzur belaka. Lewat dah ni bang. Karang lambat sampai rumah kena soal siasat lagi”.

“Hahaha. Baik cikgu. Saya balik dulu. Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”

-Tamat-

———-

Info menarik!

meja-30-50-tahun

Pengenalan pada jenis meja sekolah dan usianya. Kalau jumpa pattern ni confirm usia dah lebih 30 tahun. Bahkan boleh cecah 50 tahun.

 

meja-20-tahun

Kalau jumpa pattern biru ni usia meja sekitar 20 tahun. Kalau tak silap awal tahun 2000 sekolah start guna hat ni.

 

meja-10-tahun

Pengenalan pada jenis meja sekolah dan usianya. Kalau jumpa hat ni, usia meja biasa bawah 10 tahun. Ringan. Tapi tak tahan lasak.

meja-murid-baru

Nak beli meja murid baru beli sini : https://shope.ee/6A8kdBduvy

#MFS
– Kisah Sekolah –

T.me/EbookCikguFadli

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh...

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Masa rehat murid kelmarin, aku buat kerja kat meja macam biasa sebelum tiba-tiba adik Adam ni mai tegur. "Cikgu,...

Kisah Lucu di Kelas Matematik

Kisah Lucu di Kelas Matematik

"Kalau ada yang tak faham datang tanya cikgu okeh. Dah, buat kerja sekarang". "Baik cikguuuu!" bergegar kelas dengan...

Teka-Teki Budak Sekolah

Teka-Teki Budak Sekolah

M : Cikgu, saya ada teka teki.C : Ok, apa dia?M : Burung apa tak suka perempuan?C : Burung hantu?M : SalahC : Habis tu...

Lawak Teka-Teki di Kelas

Lawak Teka-Teki di Kelas

Masuk kelas tadi, murid datang mai bagi teka teki. "Cikgu. Coklat apa tak boleh berlari?" "Aik. Semua coklat tak boleh...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib