tudung-si-comel
pentagonmath

Hi adik-adik! Hari ni, Admin Azlin nak share tips pendidikan dan kisah terbaru nukilan Cikgu Mohd Fadli Salleh. Jom baca bersama-sama ! Apa topik atau kisah kali ini ya?Ā  šŸŒŸšŸ“–

misteri-meja

Apa yang misteri tentang meja ini?

 

Waktu hampir semua murid dah pulang, seorang bapa datang jumpa,

“Cikgu. Saya nak teman anak saya masuk jap. Dia tertinggal botol air kat kelas”.

“Tupperware ke bang?”

“Ya, cikgu”.

“Wajib cari sampai jumpa bang. Balik tanpa Tupperware macam kita terjun ke kandang rimau lah”.

“Haha”.

Gelak pula dia. Laju je berjalan masuk kelas anak dia. 3 minit kemudian dia keluar dan datang kat aku.

“Dah jumpa cikgu. Legaaa. Balik ni singgah beli goreng pisang pula, sampai rumah terus jadi syurga”.

“Hahaha”.

Giliran aku pula gelak. Kemudian dia sedikit berbisik kat aku,

“Cikgu. Seriuslah cikgu. Saya dulu sekolah sini. Tahun 1995. Dah lebih 30 tahun dah la”.

“Kenapa bang?”

Debor pula aku bila dia kata gitu. Dia ada nampak apa-apa ke dalam kelas tadi? Maklumlah, dia masuk cari Tupperware pun fah dekat jam 7 malam. Mungkin nampak kelibat kr apa.

“Bukan apa cikgu. Saya perasan meja dalam kelas tu macam meja zaman saya dulu. Saya pun perhatikan satu meja ni…”

Semakin berbisik dia cakap dengan aku tak nak bagi anak dia dengar. Makin berdebar dada aku.

“Kenapa dengan meja tu? Bergerak sendiri ke apa?”

“Sah itu meja saya zaman dulu. Ada lagi nama saya dan nama awek yang saya ukir kat bawah meja tu”.

“Seriuslah bang?”

“Iyaaaa cikgu. Cikgu tak percaya jom saya tunjuk”.

“Tak payah la tunjuk. Saya pun tahu banyak barang sekolah ni uzur-uzur belaka. Lewat dah ni bang. Karang lambat sampai rumah kena soal siasat lagi”.

“Hahaha. Baik cikgu. Saya balik dulu. Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”

-Tamat-

———-

Info menarik!

meja-30-50-tahun

Pengenalan pada jenis meja sekolah dan usianya. Kalau jumpa pattern ni confirm usia dah lebih 30 tahun. Bahkan boleh cecah 50 tahun.

 

meja-20-tahun

Kalau jumpa pattern biru ni usia meja sekitar 20 tahun. Kalau tak silap awal tahun 2000 sekolah start guna hat ni.

 

meja-10-tahun

Pengenalan pada jenis meja sekolah dan usianya. Kalau jumpa hat ni, usia meja biasa bawah 10 tahun. Ringan. Tapi tak tahan lasak.

meja-murid-baru

Nak beli meja murid baru beli sini : https://shope.ee/6A8kdBduvy

#MFS
– Kisah Sekolah –

T.me/EbookCikguFadli

Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/8A4azu1AOn
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/fya4AbJ34
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/40F22MnC10

Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/5fNG1Ujq1Q

ā¤ Seronokkan baca? Share post ni kepada kawan-kawan yang lain juga agar mereka pun dapat baca dan belajar sama-sama di CikguFadli.com!

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
Cikgu Rotan Budak?

Cikgu Rotan Budak?

Kalau di Malaysia ni, cikgu ni confirm kena buang kerja or kena surat tunjuk sebab. Silap-silap kena saman di mahkamah. Mujur la luar negara. Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/8A4azu1AOnBuku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/fya4AbJ34Buku latihan...

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh Cikgu Fadli. Kisah ini berlaku ketika beliau membawa murid-muridnya ke padang untuk bermain bola.Siapa Patut Jadi Gol Keeper? Bawa murid ke padang...

Main di Padang Sekolah: Kisah Cikgu Fadli

Main di Padang Sekolah: Kisah Cikgu Fadli

Permintaan untuk Main BolaĀ  ā€œCikgu, bila nak main bola kat padang? Cikgu dah janji dari hari tu nak bawa ke padangā€ ā€œKan baru lepas hujan ni. Padang mesti bertakung. Nanti padang kering kita main laā€ ā€œAlaaa. Tak hujan dah pun ni. Kita main tempat tak ada lopak air...

Kuasai 4 Operasi Asas Matematik: Tips Cikgu Fadli

Kuasai 4 Operasi Asas Matematik: Tips Cikgu Fadli

Pengenalan: MenguasaiĀ 4 Operasi Asas MatematikĀ adalah kunci kejayaan dalam subjek Matematik. Tanpa pemahaman yang kukuh tentang tambah, tolak, darab dan bahagi, anak-anak kita mungkin akan menghadapi kesukaran dalam menjawab soalan Matematik. Cerita Cikgu Fadli kali...

Mengajar dengan Sabar: Kisah Cikgu Fadli

Mengajar dengan Sabar: Kisah Cikgu Fadli

Mengajar dengan Sabar: Pengenalan Dalam dunia pendidikan, ā€œMengajar dengan Sabarā€ adalah prinsip yang sangat penting. Kali ini, Cikgu Fadli ingin berkongsi pengalamannya dalam mengajar murid-murid yang masih belum kuasai operasi asas dalam Matematik iaitu bahagi....



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

Recent Comments

Kategori

Kalendar

December 2023
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib