Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh
Tips Kertas Objektif
Sumber / Guru: Cikgu Mohd Fadli Salleh Subjek / Mata pelajaran: Matematik Tahun / Tingkatan: Kelas Umum
Taburan jawapan yang di sediakan Lembaga Peperiksaan Malaysia biasanya hampir sama.
Bermakna dalam 40 soalan, 10 jawapan A, 10 jawapan B, 10 jawapan C dan 10 jawapan D.
Hal ini tidak semestinya TEPAT 10 soalan jawapannya mesti A. Namun mesti lebih kurang begitu. Biasanya paling kurang 8 dan paling banyak 12. Itu lazimnya.
Maka murid yang langsung tak boleh mengira, malah nombor pun mereka tak kenal, operasi asas pun tidak kuasai, tidak pula pandai membaca, ada guru/ibu bapa ajar mereka untuk tandakan satu jawapan sahaja.
Kalau tanda A, biar nombor 1-40 tu A belaka. Peluang untuk betul sekurang-kurangnya 8 dan maksima 12 sangat tinggi.
Berbanding mereka tembak buta tuli, kadangkala ada yang dapat bawah 5!
0 Comments