Ada yang tidak kena dengan sistem pendidikan negara kita

buku-xplorasi-stem
tudung-si-comel
pentagonmath

sistem-pendidikan

Ada yang tidak kena dengan sistem pendidikan negara kita, namun orang-orang atasan sana tak nak akui.

Dan apa akibatnya? Akibatnya sistem pendidikan negara kehilangan guru-guru hebat yang super berdedikasi.

Antaranya guru Adiwira Samuel Issiah. Sangat sedih bila Sam melangkah keluar dari KPM, salah seorang sahabat guru yang sangat aku kasihi dan kagumi. Dan beberapa rakan guru Adiwira lain turut menyuarakan hasrat yang sama.

Negara kita sedang mengalami kerugian yang besar! Ramai guru-guru hebat, guru-guru Adiwira, guru-guru contoh, guru-guru berdedikasi pakat tawar hati dengan sistem pendidikan kita yang langsung tak nak dengar luahan pelaksana.

Aku tidak boleh sebut nama kawan-kawan yang tawar hati ini, risau mereka dipulaukan dan dikenakan tindakan pula. Namun kawan-kawan yang sama perjuangan dengan aku pasti tahu siapa orangnya.

Bukan seorang. Bukan dua orang. Ramai. Mereka ini bukan guru biasa. Mereka guru inspirasi yang menang banyak anugerah, yang banyak tabur bakti, menghabiskan masa dan wang ringgit tanpa berkira. Kerana mereka kasihkan pendidikan lebih dari segala-galanya.

Sesungguhnya ada yang tidak kena dengan KPM dan mereka tak nak akui.

Semoga gelombang kebangkitan rakyat akibat cubaan membuang saya dari sistem ini menjadi titik tolak kepada perubahan dalam KPM agar menjadi lebih disegani dan cemerlang.

Jujur kata, saya kasih akan pendidikan negara. Namun ada tangan-tangan berkuasa tidak senang melihat adanya guru yang jujur dalam bicara.

Begitulah.

#MFS

Tonton Live dan komen di LIVE asal berkenaan isu ini:

Klik pada icon like dan Komen untuk ke Facebook

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

3 Comments

  1. hanafi

    terima kasih cikgu kerana menjalankan tanggungjawab melebihi tahap dedikasi. semoga kesabaran dan pengorbanan cikgu akan menjadi penghargaan anak bangsa yang akan datang dan membangkitkan cikgu cikgu yang lain. saya doakan agar suara cikgu akan betul betul diperhalusi oleh KPM. biarlah terlambat tapi akhirknya diambil tindakan di atas kesabaran cikgu menegakkan perkara yang benar dilalui oleh cikgu di sekolah.

    Reply
  2. San

    Saya menyokong apa yg di kata kan cikgu fadli. Sepatutnya KPM dgr dan perhalusi pendidikan di Malaysia. Bukan main hentam cromok mau buang org kerja. ini lah Malaysia kaya dengan Rasuah smpi dlm KPM masalah. Sebagai contoh smpi bila anak2 Malaysia angkat beg 10kg? Oiiii kerajaan baru yg bakal memerintah. Anak2 Malaysia ni bukan tentera suruh angkat beg 10kg? Ubah lah undang2 Malaysia sapa rasuah kena gantung ka kena sebat 100 kali ka klu berani ubah? Klu denda setakat bayar saja takkan pupus rasuah d Malaysia ni.

    Reply
  3. Mohd Fairoz Abdullah

    Bukan di KPM sahaja bnyk perkara yang x kena, banyak lagi kementerian & agensi kerajaan yg x kena dalam membantu rakyat, ….MoF, LHDN, JKM, Kementah, bla,bla,bla……..tunggu je PRU 15…kita ubah kerajaan dan penjawat awam yg x mesra rakyat ni….

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh...

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Masa rehat murid kelmarin, aku buat kerja kat meja macam biasa sebelum tiba-tiba adik Adam ni mai tegur. "Cikgu,...

Kisah Lucu di Kelas Matematik

Kisah Lucu di Kelas Matematik

"Kalau ada yang tak faham datang tanya cikgu okeh. Dah, buat kerja sekarang". "Baik cikguuuu!" bergegar kelas dengan...

Teka-Teki Budak Sekolah

Teka-Teki Budak Sekolah

M : Cikgu, saya ada teka teki.C : Ok, apa dia?M : Burung apa tak suka perempuan?C : Burung hantu?M : SalahC : Habis tu...

Lawak Teka-Teki di Kelas

Lawak Teka-Teki di Kelas

Masuk kelas tadi, murid datang mai bagi teka teki. "Cikgu. Coklat apa tak boleh berlari?" "Aik. Semua coklat tak boleh...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib