Kerana jujur dan mengatakan kebenaran, Kementerian Pendidikan Malaysia nak buang kerja saya.

tudung-si-comel
pentagonmath

Kerana jujur dan mengatakan kebenaran, Kementerian Pendidikan Malaysia nak buang kerja saya. Oh Malaysiaku…

Malam ni saya kongsi terus surat dari KPM yang nak buang kerja atau turun pangkat saya. Kerana apa saya nak kena buang kerja?

Adakah saya seorang guru bermasalah di sekolah? Tidak, markah prestasi saya saban tahun melebihi 90%, bahkan mencecah 98%.

Adakah saya selalu MC dan ponteng kerja? Juga tidak. Rekod kehadiran saya ke sekolah setiap tahun sangat cantik.

Adakah saya tumbuk Guru Besar, bergaduh dengan rakan sekerja? Juga tidak, saya sangat disenangi rakan sekerja dan pentadbir.

Adakah saya cabul atau rogol murid? Jauh sekali. Anak-anak didik saya, saya layan ibarat anak-anak sendiri. Saban tahun masa Hari Guru dapat hadiah terbanyak dan Anugerah Guru Popular. Setiap tahun dapat anugerah guru popular dan hadiah paling banyak sejak tahun pertama saya dipostingkan hingga ke hari ini.

Adakah saya bermasalah dengan ibubapa? Pun tidak. Ibubapa dengan saya sangat rapat. Tak pernah bergaduh. Bahkan bila saya ditukarkan dari SK Taman Melawati 2 pada 2016 ibubapa buat petisyen, kutip tanda tangan, bawa ke PPD nak kekalkan saya di sana.

Tak berjaya juga, mereka panjat JPN jumpa Timbalan Pengarah JPN mohon jasa baik kekalkan saya di SKTM2. Kerana mereka tahu saya ditukarkan bukan kerana saya bermasalah, tetapi kerana saya bercakap jujur dan benar mengenai isu PPD masa tu.

Jadi soalnya kenapa KPM nak buang saya? Kerana saya bercakap jujur dan menyatakan kebenaran.

Mereka tak boleh dengar kebenaran. Mereka tak boleh dengan luahan jujur. Mereka hanya nak dengar ampu, bodek, puji puja sahaja.

Saya berkata jujur tentang apa sampai nak kena buang kerja tu? Saya bercakap tentang :
1. Beg berat bahaya pada anak-anak kita
2. Silibus tinggi dan padat. Silibus syok sendiri.
3. Bilangan murid yang ramai dalam kelas.
4. Subjek yang banyak murid belajar.
5. Masa belajar untuk subjek teras terutamanya Matematik tidak mencukupi.
6. Adanya Little Napoleon dalam sistem pendidikan menyebabkan sistem pendidikan kita rosak.

Itu yang saya tulis.

Kata mereka, ‘Cikgu perlu guna saluran yang betul. Bukan kat Fb’.

Jangan sembang saluran yang betul dengan saya. Sebab saya dah luahkan dalam saluran yang paling betul, masa penataran buku silibus baru di PPD di hadapan lebih 30 orang guru Matematik daerah Gombak, pegawai PPD dan pegawai JPN.

Sehingga mereka tak mampu berhujah dan menjawab persoalan saya, mereka bawa pegawai BPK dari Putrajaya. Pegawai yang bertanggungjawab membuat silibus baru itu hadir dalam bengkel semata-mata nak menjawab semua persoalan saya.

Dan sampai ke sudah saluran paling betul itu langsung tak memberi kesan apa-apa, bahkan makin menyusahkan.

Beginilah sistem kita. Sistem yang hanya nak mendengar puja puji walaupun ianya penipuan.

Yang pandai membodek, pandai menipu, naik pangkat cepat. Yang menukarkan saya dulu naik pangkat menjadi Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran di JPN sana.

Sedangkan saya yang bercakap jujur dan mengatakan kebenaran hendak dibuang kerja.

Lihat dan baca sendiri semua pertuduhan ke atas saya. Sesiapa tolong bagitahu saya, manakah antara tuduhan itu saya menipu?

Semuanya benar. Semuanya fakta. Semuanya benda umum yang semua orang tahu. Bukan bawah akta kerahsiaan pun.

Tapi, mereka seboleh mungkin nak kaitkan juga kesalahan dengan akta lapok yang sepatutnya lama dah dimansuhkan. Akta yang menyekat sesiapa menyatakan kebenaran jika kebenaran itu pahit dan menunjukkan salah dan lemah mereka.

Habis tu sampai bila? Sampai bila benda salah nak sorok? Sampai bila nak sapu sampah bawah karpet? Sampai bila nak sorok kudis kecil? Tunggu jadi barah hingga tak boleh dirawat lagi? Begitukah?

Selama ini sesiapa jua ingin berkata, didiamkan dengan ugutan tindakan tatatertib. Saya bukan guru pertama timbulkan isu ini.

Berpuluh guru, bahkan beratus guru lain yang pernah persoalkan tentang silibus tinggi, yang jujur bagitahu ada penipuan dalam data KPM, mereka semua disenyapkan dengan ugutan seperti ini.

Maka pakat mendiam semua. Mereka ada anak isteri. Mereka ada komitmen hutang yang perlu dilunaskan setiap bulan. Jika terlucut kerja macamana agaknya kehidupan mereka.

Semua orang fikir tentang periuk nasi. Takut kena sekat pangkat. Takut kena buang kerja. Maka pakat akur walau dalam hati tidak pernah rela.

Hari ini, biarlah saya bangkit hadap semua kezaliman dan kerosakan ini. Biar saya seorang hadap apa jua risiko.

Dibuang kerja. Disekat kenaikan pangkat. Dipancung anugerah dan sebagainya.

Biar saya hadap semua itu kerana jika tiada siapa berani berdiri seperti saya pada hari ini, maka kerosakan ini akan terus berlaku sampai bila-bila.

Apa yang saya perjuangkan ini, tidak ada setitis pun untuk kebaikan diri saya. Semuanya untuk kebaikan generasi dan anak-anak kita. Semuanya demi Malaysia yang lebih baik.

Saya ambil risiko dibuang kerja, saya korek tabung simpanan hire lawyer nak fight kes ini sampai akhir.

Jika ditakdirkan kes saya ini kalah di mahkamah, saya akan buat rayuan di mahkamah tinggi untuk fight lagi.

Kalah lagi, lawan lagi. Kalah lagi, lawan lagi. Biar pun jika ditakdirkan Tuhan saya takkan menang seumur hidup saya, namun anak-anak murid saya boleh berkata dengan bangga,

‘Aku ada seorang cikgu. Cikgu aku yang sanggup berjuang untuk pendidikan kami sampai dibuang kerja. Sampai ke akhir hayat’.

Buat Little Napoleon dan dinosaur kat atas sana, satu pesanku.

‘Penjinak singa hanya mampu membuatkan singa patuh dengan kayu tas dan rotannya.

Namun sebaik singa tidak lagi takut akan rotan dan kayu tas itu, penjinaklah harus takut akan singa’. – MFS –

#MFS
– Takkan pernah tertindas bangsa yang melawan! –

buang-kerja

Nah saya share surat tindakan tatatertib buang kerja atau turun pangkat. Baca point ke dua tu. “Tuan patut dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja”.
Depa dah sepakat kata saya salah.

 

jujur

Ini sebabnya. Saya berkata jujur tentang sistem pendidikan kita.

 

silibus terlampau tinggi

Saya bersuara menyatakan silibus terlampau tinggi dan anak-anak kita seolah tikus makmal sahaja.

 

syok-sendiri

Saya berkata silibus mereka mengarut dan syok sendiri. Memang betul syok sendiri pun.

 

representasi

Tu diaaaa. Kena buat representasi. Namun keputusan depa dah bagi awal dah. Baca point kedua page pertama tadi.

 

datuk-yusran-shah

Surat ditanda tangan Datuk Yusran Shah, Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

 

jpn

JPN pun tak nak kalah. KPM hantar surat tatatertib, depa hantar surat tunjuk sebab. Maklumlah, bekas KPPD Gombak, Encik Sajoli yang tukarkan saya pada 2016 dah naik jadi Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran di JPN. Mana boleh kalah, kena pastikan Cikgu Fadli dikenakan tindakan paling berat.

 

pengarah-jpn

Tandangan oleh Puan Rohayati binti Abd Hamed, Pengarah JPN Selangor yang baru. Pengarah sebelum ni pun pernah call saya maklumkan pencalonan saya sebagai Ikon Kebajikan sempena Hari Guru kena reject dan mereka tak submit. Kena pancung dan buang tong sampah gitu je file eviden beratus helai yang saya hantar. See, betapa mereka dendam sampai sekat semua benda.

 

beg-sekolah-berat

Anak-anak yang bawa beg berat sebeginilah yang saya perjuangkan nasib mereka.

 

silibus-tahun-1

Ni silibus Tahun 1. Ya, Tahun 1. Hanya penipu yang buta hati sanggup kata silibus seperti ini sesuai dengan murid Tahun 1. Hanya pengampu, pembodek sahaja sanggup kata begitu. Apa macam ni punya payah dikatakan okey? Bongok!

 

 

zabetha

Saya lantik Puan Zabetha mewakili saya untuk kes tatatertib saya. Doakan kemenangan pihak saya ya.

 

guru-sekolah-rendah

Ini saya. Seorang guru biasa yang ikhlas dalam tunjuk ajarnya. Hanya guru sekolah rendah lulusan diploma sahaja yang tak pandai membodek dan mengipas untuk naik pangkat.
Dan saya berbangga dengan kerjaya saya selama 18 tahun ini. Saya juga berbangga dengan diri sendiri kerana tidak tunduk dengan tekanan pihak atasan.
Biar aku terkorban, asal nasib anak bangsa dan anak-anak didik aku mendapat hak yang sepatutnya mereka dapat.
Tuhan. Permudahkan urusanku. Bismillah.

 

Ikuti diskusi dan komen di Facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh:

Sila klik di icon like atau komen di atas untuk ke Post Facebook. Bantu share ya. Terima kasih

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

shopee
17 Perkara Ibu bapa Harus Tahu Tentang Durioo+

17 Perkara Ibu bapa Harus Tahu Tentang Durioo+

1. Anak-anak suka sangat dengan gadget dan tonton YouTube. 2. Risau juga weh memandangkan kat YouTube banyak content berunsur lucah, ganas dan extreme. Tapi tu lah, anak-anak suka layan kartun kat YouTube. 3. Walau mereka layan kartun Islamic dan tak ada pengaruh...

Sedikit sejarah tentang PBS

Sedikit sejarah tentang PBS

Sedikit sejarah tentang PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) : Dikatakan Menteri Pendidikan masa tu Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan PBS sebab tiru Australia. Australia laksanakan sistem School Based Assessment (SBA) Antara teknik penilaian maju la kiranya PBS...

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang. Dekat jam 12 malam dia mai suruh ajar. Mula-mula aku tunjuk-tunjuk cara je. Makin tunjuk makin tak faham ni, aku ambik je telefon dia tolong buatkan. Haishh, geram aku. Agaknya ni perasaan mak-mak dan ayah-ayah...

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita, tapi kita boleh ubah (siapa) orang yang patut ada disekeliling kita. Kita tak boleh nak ubah sikap orang yang suka mengumpat, menabur fitnah, suka menokok nambah cerita, suka melaga-laga, suka bersangka buruk....

Sayu juga tengok lukisan ni. Ia simple, namun mendalam.

Sayu juga tengok lukisan ni. Ia simple, namun mendalam.

Kena dengan ramai antara kita. Berusaha demi menyara keluarga, mencari rezeki yang halal dari siang membawa ke malam. Hanya untuk kesenangan anak isteri, seorang suami tidak kisah bersusah payah. Biar dia penat, biar dia berpanasan, biar dia basah ditimpa hujan, demi...

Bagusnya MYDIN Malaysia

Bagusnya MYDIN Malaysia

Terbaca perkongsian sahabat aku, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang bagusnya MYDIN Malaysia menyantuni pekerja OKU. Mydin menerima pekerja OKU tanpa membezakan gaji mereka dengan pekerja biasa. Bahkan lepas SPM dulu aku sempat bekerja di Mydin Kota Bharu, cari...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

March 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib