Pada 2006, ada satu kemalangan melibat guru bawa murid ke pertandingan. Dua pelajar maut, guru sendiri parah.
Dan sebaik pulih, guru tersebut dihadapkan ke mahkamah dan jika disabitkan kesalahan boleh kena denda antara RM5,000 hingga RM20,000 dan penjara tidak kurang 2 tahun hingga 10 tahun.
Satu surat cadangan kepada lembaga tatatertib juga dihantar agar guru ini ditahan kerja. Gaji dapat separuh sahaja semasa ditahan kerja, lepas tolak pinjaman hanya ada lebihan RM72 sahaja sebulan.
Kereta hancur lebur.
Badan luka parah.
Duit habis turun naik mahkamah, repair kereta, ubat-ubatan.
Ditahan kerja dan gaji dapat separuh.
Trauma kematian murid sampai mati akan diingati.
Lihatlah apa yang guru ini kena tanggung hanya kerana bawa murid pergi pertandingan sahaja.
Masa suruh hantar murid, orang atasan kemain bagi arahan,
“Wajib hantar pasukan. Saya tak mau dengar alasan”.
Masa kemalangan, masa sakit, masa duit habis, masa kena tindakan tatatertib, masa kena hadap mahkamah, semua pegawai atasan akan tak peduli dah. Tak tunjuk muka pun. Kita tanggung sendirian la jawabnya.
Begitulah dilema kami yang mentimun ni.
Nota : Dalam kes mahkamah, alhamdulillah, hakim mendapati guru tersebut tidak bersalah.
Namun proses turun naik mahkamah makan tahun. Duit banyak habis gitu je.
Guru ni masih berkhidmat sekarang. Guru Pendidikan Khas yang sangat baik dan disayangi murid-murid serta parents.
Update : Katanya guru ni dah ke KPM Bahagian Pendidikan Khas. Moga cikgu ini terus maju jaya. Amin.
#MFS
0 Comments