Anu Dalam Matematik: Apa Itu & Cara Fahami
Topik Anu dalam Matematik sering membuatkan murid keliru, walaupun sebenarnya ia adalah antara konsep paling asas dalam operasi algebra. Jika diterangkan dengan betul, murid seawal Tahun 3 pun boleh kuasainya dengan mudah.
Berikut adalah perkongsian dari Cikgu fadli:
Apa itu ANU?
Anu ialah sesuatu bilangan dan nilai yang tak diketahui. Itulah anu.
Tak faham lagi? Ada yang masih kurang jelas? Teruskan bacaan untuk faham lagi ya.
Perhatikan contoh soalan di pada gambar rajah pertama yang aku lampirkan ini. Anu dalam soalan tersebut ialah :-
“Beberapa cucuk sate ayam”
Itulah anunya. Bilangan sate ayam sahaja yang tidak diketahui nilai dan bilangannya.
Baik, lihat pula contoh soalan berikut.
“Ali memelihara beberapa ekor ikan. 7 ekor ikannya mati dan 15 ekor lagi dijual kepada Siti. Berapakah jumlah ikan Ali pada mulanya jika ikannya masih ada 22 ekor?”
Anu dalam soalan ini ialah : Beberapa ekor ikan.
Boleh faham dah kan? Jika belum boleh hadam, rujuk saja gambar kedua yang aku lampirkan ini.
Ayat yang di’highlights’kan itulah merupakan anu.
Ingat, bukan manusia sahaja punya anu. Matematik pun ada anu tau. Hihi.
Untuk tips Matematik dan Isu Pendidikan Semasa, joinlah channel Telegram aku di link ini :- t.me/MohdFadliSalleh
Klik je link tu dan klik join. Settle. Setiap hari aku berkongsi tips kat situ secara percuma sahaja.
#MFS
– Bukan anu dalam botol punya cerita. Haha. –
Apa Itu Anu Dalam Matematik?
Dalam Matematik, “anu” merujuk kepada nilai yang tidak diketahui dalam satu ayat matematik atau persamaan. Ia seperti tempat kosong yang perlu kita isi dengan nombor yang betul untuk menjadikan persamaan itu benar.
Contoh:
x + 5 = 9
Dalam soalan ini, x ialah anu. Kita perlu cari nombor apakah yang bila ditambah 5, dapat 9. Jawapannya ialah 4.7 × __ = 35
Kosong itu juga ialah anu. 7 darab apa dapat 35? Jawapannya 5.
Mudah, kan?
Kenapa Murid Perlu Kuasai Topik Ini Awal?
🔹 Topik ini sering diuji dalam ujian bulanan dan peperiksaan akhir tahun.
🔹 Ia adalah asas kepada topik lebih tinggi seperti algebra dan penyelesaian persamaan.
🔹 Bila anak tak faham anu, mereka akan mudah keliru bila masuk topik yang lebih kompleks nanti.
Oleh itu, penting sangat untuk ibu bapa dan guru mula latih anak kenal dan selesaikan anu seawal Tahun 3.
Cara Mudah Bantu Anak Faham Anu
Berikut beberapa langkah ringkas yang boleh bantu:
- Kenal pasti kedudukan anu – biasanya diwakili oleh simbol seperti
x
, tempat kosong, atau simbol□
. - Faham operasi – adakah operasi tambah, tolak, darab atau bahagi?
- Gunakan logik terbalik – latih anak fikir “operasi songsang” untuk selesaikan.
Contoh:
Jika anu + 4 = 10
, maka anu = 10 - 4
Contoh Soalan & Jawapan
Soalan | Jawapan |
---|---|
x + 6 = 11 | x = 5 |
3 × anu = 18 | anu = 6 |
□ – 7 = 9 | □ = 16 |
Aktiviti Ringkas di Rumah
✔️ Guna kad imbas (flashcard) untuk buat latihan cepat.
✔️ Lukis bentuk atau gunakan objek fizikal seperti pensel atau manik.
✔️ Main teka-teki matematik berkaitan anu bersama anak.
Nak Faham Lagi Jelas?
Tonton video pendek ini yang terangkan dengan lebih mudah:
👉 Klik untuk tonton video dalam Telegram
Atau baca juga penerangan video lengkap di sini:
👉 Video Teknik Darab Melibatkan Anu (Matematik Tahun 5)
Penutup
Anu dalam Matematik bukan sesuatu yang sukar jika dibiasakan dari awal. Ibu bapa boleh bantu anak kuasai konsep ini dengan pendekatan santai dan latihan berperingkat. Bila asas kukuh, anak-anak akan lebih yakin selesaikan soalan berbentuk “anu” dalam apa jua bentuk nanti.
Semoga artikel dan video ini bermanfaat. Jangan lupa kongsi dengan rakan atau keluarga lain yang ada anak bersekolah rendah!
NOTIS PENTING
Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Cikgu Fadli
Author
Cikgu Mohd Fadli Salleh is an engaging and dedicated educator who shares valuable educational content on his Facebook page. He frequently posts live sessions, educational tips, and interactive activities aimed at young learners. His content is well-received, with thousands of views, likes, and comments, indicating a strong and supportive community around his work.
- Facebook: Mohd Fadli Salleh
- Tiktok: Mohd Fadli Salleh
- Telegram: T.me/MohdFadliSalleh
Buku Latihan Matematik Sekolah Rendah oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh
1. Buku Latihan Matematik Prasekolah (4–6 Tahun)
📘 Disusun berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
🎨 Suku kata berwarna yang menarik perhatian dan memudahkan pemahaman.
📊 Tahap penguasaan disediakan untuk setiap topik.
👉 Beli di Shopee
2. Mathzier Gold – Latih Tubi Matematik untuk Murid Lemah dan Sederhana
💡 Mengandungi lebih 1000 soalan latih tubi bentuk langsung (direct).
🚫 Tiada soalan KBAT atau berbentuk ayat – sesuai untuk murid pemulihan.
👉 Beli di Shopee
3. Mathzier 3.0 – Buku Latihan Matematik Tahap Lanjutan
✅ Digunakan dalam kelas LIVE oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh.
📘 Disusun mengikut DSKP terkini.
🧠 Mengandungi soalan KBAT, UPSA/UASA dan ujian formatif.
👉 Beli di Shopee
4. Buku Rumus Penting Matematik Sekolah Rendah
📐 Padat dengan nota ringkas dan formula penting.
➕ Disertakan sifir darab dan bahagi.
👉 Beli di Shopee
apakah maksud anu
Admin: Anu (unknowns) ialah suatu kuantiti yang belum ditentukan nilainya (unknown value).
Anu biasanya ialah suatu kuantiti yang boleh disukat atau dibilang/hitung.
Anu biasanya diwakili oleh simbol bergambar atau huruf abjad yang sesuai.
Kalau dia bagi (encik wong menjual sejumlah 248 biji epal merah dan epal hijau semalam.) Anu nya apa? Ayat matematik?
Simbol yang sesuai u tuk mewakili anu
Admin: Boleh gunakan apa-apa simbol bergambar atau huruf abjad yang sesuai.
Kalau dia bagi (encik wong menjual sejumlah 248 biji epal merah dan epal hijau semalam.) Anu nya apa? Ayat matematik?