Apa itu anu dalam Matematik?
Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh Subjek: Matematik Tahun/Tingkatan: Kelas Umum
Dah beberapa orang pm saya berkenaan dengan ANU.
Apa itu anu dalam Matematik?
Anu ialah sesuatu bilangan dan nilai yang tak diketahui. Itulah anu.
Tak faham lagi? Ada yang masih kurang jelas?
Perhatikan contoh soalan di atas. Anu dalam soalan di atas ialah
Beberapa cucuk sate ayam
Itulah anunya. Bilangan sate ayam sahaja yang tidak diketahui nilai dan bilangannya.
Lain-lain contoh ANU dalam Matematik boleh rujuk gambar ini ya.
apakah maksud anu
Admin: Anu (unknowns) ialah suatu kuantiti yang belum ditentukan nilainya (unknown value).
Anu biasanya ialah suatu kuantiti yang boleh disukat atau dibilang/hitung.
Anu biasanya diwakili oleh simbol bergambar atau huruf abjad yang sesuai.