Bahaya Penggunaan gajet tanpa kawalan dan tapisan kepada minda anak-anak

tudung-si-comel
pentagonmath

bahaya-penggunaan-gajet

Semenjak PKP, banyak betul saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi terima jemputan ceramah di sekolah rendah.

Macam-macam cerita cikgu kongsi dengan beliau perubahan anak didik mereka. Ketara sangat!

Mencarut jadi percakapan seharian, tunjuk jari tengah, guna the f word pada kawan-kawan, biadap, prank sana sini dan paling teruk ketagih video lucah sampai ada yang berani cakap kat kawan,

“Jom pi toilet buat anak.”

“I think i want to have sex.”

“Kau cari pasal dengan aku, aku rogol kau nanti!”

“Sedapnya tengok badan kau, rasa nak raba-raba.”

“Cikgu, bila nak balik ni? Saya dah gigil dan badan nak tengok ‘video’ tu.”

Ada banyak lagi cerita yang beliau dapat. Bukan setakat kata-kata dan tulisan je, bahkan ada kes sampai buat terus perbuatan lucah di sekolah!

Sekali lagi beliau ulang, ni bukan cerita budak sekolah menengah ya, tapi budak sekolah rendah! Ada budak tahap 1 (darjah 1-3) dan ada pula pelajar tahap 2 (darjah 4-6).

Teringat lagi waktu beliau ceramah dengan budak darjah 3 beberapa bulan lepas. Beliau tanya satu soalan, siapa pernah tengok Squid Game. Memang ramailah yang angkat tangan.

Kemudian, beliau tanya lagi, ada tak adegan dalam cerita tu yang tak elok?

Tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki angkat tangan dengan wajah penuh keterujaan.

“Ada uncle, ada! Ada satu babak tu ada lelaki bogel dengan perempuan bogel dalam tandas. Lepas tu yang perempuan duduk atas lelaki tu dan henjut-henjut!”

Sambil budak ni bercerita, sambil dia gerak-gerakkan punggung dan paha gaya henjut-henjut. Kawan-kawannya yang lain semua ketawa berdekah!

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun!

Nak salahkan anak-anak ni pun tak boleh. Ada antara mereka bukan sengaja pun akses benda-benda lucah ni.

Ada yang sekadar terklik iklan pop up masa main game.

Ada yang tengok satu-satu cerita sebab benda tu viral di Tiktok.

Ada yang search benda lucah kat google sebab kawan yang ceritakan kat sekolah.

Ada pula yang belajar benda lucah masa main game online, berkomunikasi dengan orang dewasa yang gerak gaya macam sexual predator.

Ada tu yang jadi mangsa sexual grooming!

Ada pula kes mak ayah yang langsung tak peduli apps yang anak download di handphone. Juga tak peduli video apa yang anak tonton.

Semua ini banyak bermula waktu PKP! Ya, ia sangat ketara! Gajet yang kita beri pada anak untuk urusan pdpr mereka akhirnya menjadi medium anak-anak terjebakndengan benda lucah!

Penggunaan gajet tanpa kawalan! Tanpa pantauan! Tanpa menggunakan apps family link! Tanpa anak dididik keburukan menggunakan gajet! Tanpa dididik mereka merendahkan pandangan! Tanpa memberi solusi apps apa yang baik untuk mereka.

Akhirnya, terjebaklah budak-budak ini dengan video lucah. Kesan kepada otak mereka sangatlah dahsyat! Habis rosak bahagian Pre Frontal Cortex mereka dek ledakan Hormon Dopamine yang masuk tanpa kawalan di bahagian itu.

Akhirnya, jadilah seperti kisah anak-anak yang beliau kongsikan di atas.

Jadi, beliau menyeru untuk ibu ayah berbuatlah sesuatu demi masa depan anak-anak kita.

Bagi anak-anak yang belum terjerumus ke arah kelucahan, terus didik mereka membezakan baik dan buruk, dosa dan pahala, azab dan ganjaran.

Rekemen pada mereka untuk tonton video-video yang bermanfaat seperti aplikasi Durioo+, satu apps warga muslim Malaysia yang mengkhususkan dakwah bagi anak-anak.

Tak ada unsur lucah, tak ada double meaning joke, no sex jokes, tak ada semua tu! Semua konten yang dibangunkan amat baik untuk perkembangan anak-anak yang berusia 12 tahun ke bawah.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi rekemen sangat untuk dapatkan ia di sini :
https://duriooplus.com.my/langgan

Paling kurang, jiwa dan fikiran anak-anak dah dibentuk dengan video atau konten yang baik-baik.

Buat anak-anak yang sudah terjebak dengan benda-benda lucah, belum terlambat untuk ubah dan didik mereka.

Kena buat sesi depan mata. Bertentang mata terus dengan parents. Bagi tahu apa yang kita rasa sebagai ibu ayah. Cerita kat mereka kesan buruk bila ketagih dengan benda lucah. Sampaikan pada mereka kisah budak darjah 6 rogol budak perempuan 4 tahun sebab terangsang tengok pornografi.

Anak-anak kita tak sedar kesan buruk kepada semua itu. Mereka dalam proses curiousity yang amat mendalam mengenai hal seksual dan tubuh badan mereka sendiri.

Berkomunikasilah dengan anak. Belajar bercakap dan menjawab soalan anak bila mereka bertanya hal-hal yang bersifat seksual. Search je post saya yang lepas-lepas. Macam-macam tips dan skrip komunikasi yang beliau kongsikan di facebook.

Dalam masa yang sama, anak yang terjebak ni kena bagi dia hukuman. Tarik segala benda yang dia minat dalam beberapa tempoh masa.

Jangan bagi guna handphone selama seminggu atau sebulan. Nak merentan ke, meroyan ke, lantak pi lah. Yang penting dia tahu kita walk the talk. Kau buat salah, kau layak dapat hukuman.

Kalau anak ni nak tengok video ke apa, tengok melalui smart tv sahaja, atau pc di ruang tamu, atau laptop di ruang rumah yang penghuni lain boleh nampak.

Install juga Durioo+ di Android tv. Boleh tak ada masalah. Macam-macam konten bermanfaat yang anak kita boleh dapat dari apps berkenaan.

Ada masa, bersama join anak tonton konten di dalam Durioo+. Barulah ada sesi komunikasi 2 hala antara mak ayah dan anak.

Link yang kami kongsikan di atas tadi 👉 https://duriooplus.com.my/langgan adalah apps yang juga boleh diinstall dari device yang berbeza (Android tv). Bukan di handphone sahaja tau.

Sampai 16hb April 2023, ada harga promo. Rugi kalau tak grab peluang ni. Klik je 👉 https://duriooplus.com.my/langgan

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua mendidik anak-anak.

Amin Ya Rabb.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Pendidikan Seksualiti Bermula Dari Rumah.

durioo

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


shopee
Kempen Cuti Sekolah Durioo+ akan bermula !

Kempen Cuti Sekolah Durioo+ akan bermula !

Kempen Cuti Sekolah Durioo+ akan bermula ! Tarikh 26 Mei - 5 Jun Promosi 🥳 6 bulan Harga Asal RM 77.40 Harga Promosi RM69 🥳 12 bulan Harga Asal RM 154.80 Harga Promosi RM135 Percuma 9 Buku Sample Little Ammar Yang paling best, setiap pembelian pakej 12 bulan akan...

Si Comel dapat jawatan Pengawas Sekolah?

Si Comel dapat jawatan Pengawas Sekolah?

Si Comel dapat jawatan Pengawas Sekolah? No worries mommy! TudungSiComel coming to the rescue! 😍 Boleh dapatkan Tudung Sekolah Awning Scuba di sini ya: https://tudungsicomel.com.my/TudungSekolahAwningScuba (Pilih warna 04 - Biru Pengawas) . ❣️Utk dapatkan Free Postage...

Sejuk hati bila tengok anak-anak lebih kemas ke sekolah

Sejuk hati bila tengok anak-anak lebih kemas ke sekolah

Sejuk hati bila tengok anak-anak lebih kemas ke sekolah kan 😊 Saya ada jual tudung sekolah awning on-point original TudungSiComel. Cuma RM19.90 sahaja sehelai dengan Jaminan Istimewa 180 hari, tak selesa boleh tukar atau refund 😊 Yang penting anak-anak kesayangan kita...



Shopee
kempen-cuti-sekolah-durioo



BUKU FIZIKAL

mathzier-abakus

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib