tudung-si-comel
pentagonmath
benda-dari-poket
Hari ni jamuan raya kat sekolah aku. Masa tengah beraya ronda kelas ke kelas, aku perasan Aisyah ni keluarkan satu benda dari poket dia.

Pastu dia tap tap benda tu kat bibir. Dia laga bibir atas dengan bawah, kemudian tersenyum manis. Kemerahan bibir dia.

Wahh, pakai lip gloss rupanya. Kecil-kecil dah pandai melawa.

Bila dia perasan aku dok perhati kat dia cepat-cepat dia sorok dalam poket lip gloss tu.

“Aisyah, keluarkan lah benda tu. Pakai semula cikgu nak tengok”.

“Tak mau. Tak mau”.

Puas pujuk suruh tunjuk semula dia tak mau. Pastu dia pun lari tinggalkan aku.

Aku pun sambung beraya kat kelas lain. Tengah dok pilih makanan kat meja, baju aku ditarik dari belakang. Aku pusing, eh Aisyah rupanya.

“Aisyah. Cepat la pakai lagi sekali. Cikgu nak tengok awak pakai lipstick tu”.

“Tak mau. Malu”.

“Alaaa. Cepat lahhh. Jap je”.

“Tak mauuuu”.

Dia pun lari lagi keluar kelas pergi beraya kelas lain pula.

Aku sambung beraya kat kelas lain, eh, Aisyah datang mengekor juga.

Anehnya perempuan. Kecik-kecik dah complicated.

Ajak datang dekat, dia lari. Bila aku pergi, dia ikut. Susahnya nak fahammm depa ni.

“Aisyah. Jom ambik gambar dengan cikgu”.

“Tak mau”.

“Alaaa. Satu je. Cantik sangat Aisyah hari ni tau”.

Tersipu-sipu kena puji. Terus datang dekat setuju ambil gambar. Pastu dia lari lagi.

Haishh. Perempuan ni asal kena puji mesti cair punya.

Tapi tu lah. Susahnya nak faham mereka ni. šŸ˜…

Yang mana ada anak Pra hingga sekolah rendah, dapatkan koleksi buku latihan terbaik ni ya :

Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/6KTD2CfEzB
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/3fRZF6Z6Lg
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/7pHYCI4Ess

Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/9USjllLuxo

#MFS
– Bukan makhluk bumi –

T.me/EbookCikguFadli

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh...

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Masa rehat murid kelmarin, aku buat kerja kat meja macam biasa sebelum tiba-tiba adik Adam ni mai tegur. "Cikgu,...

Kisah Lucu di Kelas Matematik

Kisah Lucu di Kelas Matematik

"Kalau ada yang tak faham datang tanya cikgu okeh. Dah, buat kerja sekarang". "Baik cikguuuu!" bergegar kelas dengan...

Teka-Teki Budak Sekolah

Teka-Teki Budak Sekolah

M : Cikgu, saya ada teka teki.C : Ok, apa dia?M : Burung apa tak suka perempuan?C : Burung hantu?M : SalahC : Habis tu...

Lawak Teka-Teki di Kelas

Lawak Teka-Teki di Kelas

Masuk kelas tadi, murid datang mai bagi teka teki. "Cikgu. Coklat apa tak boleh berlari?" "Aik. Semua coklat tak boleh...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib