Cikgu. Duit Saya Hilang

video-kafa
duit-saya-hilang

Cikgu. Duit Saya Hilang

 

“Cikgu. Duit saya hilang. Saya nak rehat tak ada duit ni”.

“Macamana boleh hilang?”

“Tadi saya letak kat situ. Lepas tu tiba-tiba tak ada”.

“Ye ke ni? Ke awak dah guna beli kat kedai buku sekolah?”

“Tak cikgu. Duit saya tiba-tiba hilang”.

“Awak beli apa kat kedai buku? Beli sticker ke?”

“Tak la cikgu”.

“Habis tu beli apa? Pemadam baru ke?”

“Bukan. Pemadam saya dah ada banyak. Saya beli pensil je”.

“Pensel pun dah ada kan?”

“Ada. Tapi pensel tu cantikkkkk”.

“Ooooo. Dah, meh ikut cikgu”.

Aku bawa ke bilik guru, buka laci aku. Memang sentiasa ada ready je duit singgit-singgit aku simpan untuk kes macam ni. Sebelum bagi kat dia aku pesan,

“Lain kali, mak bagi duit tu jangan belanja kat kedai buku sekolah. Tu duit untuk makan. Guna duit tu untuk makan sahaja. Kalau ada lebih baru awak guna beli pensel ke, pemadam ke apa. Faham?”

“Faham cikgu”.

Settle kes. Adoi la anak. Tak payah la auta cikgu. Skrip awak ni cikgu dah guna sejak 30 tahun lepas lagi okeh.

*********

Ada satu kedai alat tulis baru muncul kat Shopee tau. Best dan cantik sangat-sangat barangnya. Pensel cantik, gunting comel, stapler seksi, buku nota kiut, sticker osem. Nama kedai tu Fancy Stationery. Boleh lihat sini : https://shope.ee/6zi0EpCksa

#MFS
– Kisah Tahun 1

T.me/EbookCikguFadli

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930