Formula Mahal Bina Sifir

video-kafa

Formula Mahal Bina Sifir


Sumber / Guru: Mohd Fadli Salleh Subjek / Mata pelajaran: Matematik Tahun / Tingkatan: Kelas Umum

 

Baik, aku kongsikan satu formula mahal bina sifir guna dua kotak ajaib.

Aku tahu, masih sangat ramai murid tak hafal sifir.

Maka formula mahal ini aku kongsi agar anak-anak kita dapat jawab soalan darab dan bahagi walau mereka tak hafal sifir.

Aku tulis penerangan ringkas pada setiap gambar. Klik gambar dan baca penerangan ringkas tu ya. InsyaAllah boleh faham.

bina-sifir

1. Bina dua kotak ajaib ini. Ini basic 2 kotak ajaib yang akan hasilkan sifir 1-10 (kecuali sifir 5).

2. Bina sembilan kotak kecil seperti di atas.

3. Kotak ajaib pertama, hanya perlu tulis nombor 1-9 mengikut turutan. Kotak ini diguna pakai untuk bina sifir 1,3,7,9 dan 10.

4. Kotak ajaib kedua tulis nombor genab bermula 2,4,6,8,0,2,4,6 dan 8.

5. Dah faham dan tahu cara bina asas kotak ajaib ini, kita dah ready untuk bina sifir. Yeayyy!

gambaran-asas-sifir

1. Untuk bina sifir 3, mulakan dari nombor tiga dan kira secara menurun.

2. Darab semestinya nombor akan makin besar. Maka untuk baris kedua, tambah saja 1 menjadikan 12,15 dan 18.

3. Baris terakhir tambah saja nombor 2 di depan menjadikan 21,24 dan 27.

Tadaaa. Dah siap pun sifir 3. Tanpa perlu hafal kan?

4. Sifir 4 kena mula dari bawah naik ke atas cara kiranya.

5. Sama juga ya, asas sifir mesti semakin meningkat. Tambahkan 1,2 dan nombor 3 untuk melengkapkan sifir 4.

Senang kan? Dah siap pun sifir empat guna teknik Bina Sifir ini.

 

kotak-ajaib-sifir

Inilah gambaran asas 2 kotak ajaib yang perlu anak kita pandai bina.

Seterusnya terus saja bina sifir 3 dan 4 guna kotak ajaib ini.

 

sifir-7

1. Untuk bina sifir 7, mulakan dari nombor tujuh dan kira secara menaik.

2. Darab semestinya nombor akan makin besar. Maka tambahkan saja nombor 1,2,3,4,5 dan 6 supaya nombor itu semakin besar nilainya.

Tadaaa. Dah siap pun sifir 7. Tanpa perlu hafal kan?

4. Sifir 6 kena mula dari penjuru kanan turun ke bawah.

5. Sama juga ya, asas sifir mesti semakin meningkat. Tambahkan 1,2,3,4 dan nombor 5 untuk melengkapkan sifir 6.

Senang kan? Dah siap pun sifir enam guna teknik Bina Sifir ini.

 

sifir-9

1. Untuk bina sifir 9, mulakan dari nombor sembilan dan kira secara mengiring dari kanan ke kiri. Rujuk arrow tu ya.

2. Darab semestinya nombor akan makin besar. Maka tambahkan saja nombor 1,2,3,4,5,6,7 dan 8 supaya nombor itu semakin besar nilainya.

Tadaaa. Dah siap pun sifir 9. Tanpa perlu hafal kan?

4. Sifir 8 mulakan dari nombor Lapan dan kira secara mengiring dari kanan ke kiri. Rujuk arrow tu ya.

5. Sama juga ya, asas sifir mesti semakin meningkat. Tambahkan 1,2,3,4,5,6 dan 7 untuk melengkapkan sifir 8.

Senang kan? Dah siap pun sifir lapan guna teknik Bina Sifir ini.

 

sifir-lengkap

Ini pula gambaran lengkap untuk sifir 6,7,8 dan 9 yang kita bina guna Formula Mahal BINA SIFIR ini.

Untuk tips Matematik setiap hari, joinlah channel Telegram saya dilink berikut t.me/EbookCikguFadli


*Kelas Belajar Matematik Online (BOM)*

Tahun 1 – 4 sessi

Tahun 2 – 4 sessi

Tahun 3 – 4 sessi

✔️ Pembelajaran dalam Facebook Closed Group.

✔️ Mengikut silibus yang ada dalam buku teks.

✔️ Video disediakan.

✔️ Boleh ditonton di mana sahaja berulang kali.

✔️ Boleh ulang-ulang tengok video sampai faham kemudian terus buat.

✔️ Tiada sessi soal jawab.

✔️ Tiada kontrak.

✔️ RM80 bagi setiap tahun. Bayaran hanya sekali seumur hidup.

Berminat?

www.wasap.my/60103614372/BOM

Admin
Kelas Matematik Online
Cikgu #MFS

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930