GURU: Manusia paling syok sendiri di atas dunia.

guru

~ GURU ~ Manusia paling syok sendiri di atas dunia.

Jadi cikgu ni, kita jadi syok sendiri. Masuk kelas tahun 1, tak kira mengajar apa pelajaran sekalipun, Math ke,BI ke, BM ke, PJK ke, mesti ada dalam buku teks part nyanyian dan lagu.

Maka, mahu tak mahu kena la menyanyi walau suara tu langsung tak sedap. Walau sumbang, walau piching ke laut, nyanyi saja. Tanya budak tahun 1, mesti diorang cakap suara guru sedap. Makin syok menyanyi!

Nak bagi penerangan, terkadang kena lukis gambar. Maka walau tangan sekeras batu, walau lukis ayam dah macam kucing, tetap perasan dan syok sendiri rasa lukisan tu cantik. Tambah-tambah bila ada murid puji,

“Wah, cantiknya cikgu lukis.” Makin kembang hidung,makin syok sendiri dibuatnya.

Budak tahun 1, lukis macamana pun diorang cakap cantik. Kalau tahun 4, 5, 6, memang kena kutuk la lukisan cikgu. Kalau sekolah menengah lagi la, mau tak lalu makan seminggu teringat kutukan anak murid.

Menjelang hari guru, makin menjadi-jadi perasaan syok sendiri ni. Majlis sendiri, sendiri yang beli hadiah, pastu buat-buat tukar dengan rakan. Punya nak merasa dapat hadiah mahal sikit. Punya la teruja!

Buat jamuan, sendiri kutip duit, sendiri makan, kemudian sendiri pakat puji meriahnya jamuan itu. Sedapnya masakan diri sendiri. Oh,betapa syoknya puji diri sendiri. Lepas tu, buat la persembahan. Kononnya sempena hari guru. Sebenarnya untuk diri sendiri. Kan kita ni cikgu!

Maka bersajaklah,menyanyilah, berlakonlah. Penat lelah hafal skrip lakonan berminggu-minggu. Semata-mata nak buat persembahan untuk diri sendiri. Pastu suruh budak sorak. Suruh budak tepuk kuat-kuat. Pastu rasa bangga, hebat betul lakonan aku. Hebat sungguh aku deklamasi sajak. Ah, betapa syok sendirinya kita ni kan?

Tu belum kira Anugerah Guru Garang, Anugerah Guru Paling Popular, Anugerah Guru Paling Lawa, sendiri buat anugerah, sendiri beli medal, sendiri gembira bila menang.

Tak ke syok sendiri orang panggil tu?

Lantak la orang nak kata profession ini profession syok sendiri ke apa. Janji aku bahagia. Janji aku gembira melayan budak-budak. Kerja sebagai guru ni bukan lagi sejenis profession bagiku, ianya adalah kecintaan. Cinta yang amat!

Korang bagaimana?

#MFS

T.me/EbookCikguFadli

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031