Selamat datang ke Pertubuhan Dana. Jemput baca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh, Penaung Pertubuhan Dana Kita kali ini.
Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh
Hampir jam 12 malam. Kami masih di sini.
Bukan malam ini sahaja. Inilah tugas kami setiap hari sepanjang PKP ini. Ya, kawan, setiap hari.
Demi amanah yang kalian galaskan dibahu-bahu kami, kami laksanakan sebaik mungkin.
Esok 4 buah 4×4 akan ke Johor, Melaka dan Negeri Sembilan membawa sekitar 300 set barang dapur untuk agihan sana.
Team sini pula akan hantar lebih kurang 500 set untuk agihan sekitar Gombak, Setapak, Padang Balang dan Sentul.
Ia tidak mudah. Ia memenatkan. Namun bila dibuat dengan sepakat, ia sangat menyeronokkan.
Bagi sesetengah orang, program kebajikan itu hanya untuk mengisi masa lapang. Bagi setiap kami, ia adalah kehidupan.
564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Dana Kita
#MFS
Terima kasih kerana membaca dan menyokong Pertubuhan Dana Kita. Setiap sen yang anda sumbangkan sangat berharga dan kami menghargainya. Mohon dapat share post ini. Kami doakan semoga semua urusan dipermudahkan dan dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah.
MEMO BERKENAAN KOMEN
Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.
This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).
0 Comments