Alhamdulillah. Serah laptop kat anak yatim pelajar cemerlang yang bakal ambil SPM tahun ni.
Pelajar inilah yang pergi kerja sebagai cleaner sekolah ganti ibunya yang masih kesedihan selepas kematian suami bulan lepas.
Keluarga begini aku suka bantu. Tidak meminta-minta, ada usaha gigih nak ubah nasib diri dan keluarga dan sebaik dibantu mereka sangat berterima kasih.
Zakat Selangor juga telah luluskan bantuan isi rumah untuk mereka. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.
Pelajar ini selalu dapat kedudukan top 10 ten dalam peperiksaan. InsyaAllah anak ini akan berjaya dan mengubah nasib keluarga mereka.
Anak sulung dari tiga beradik ini pasti akan membanggakan kedua orang tuanya. Aku yakin.
Ni dah agihan ke-tiga dah laptop bulan ni. Malam ni aku nak pergi serah pada dua buah laptop lagi keluarga yang layak.
Pembelajaran sekarang memang memerlukan laptop. Dan ini usaha Dana Kita menyokong pendidikan mereka.
Aku sangat yakin dan pasti, ilmu dan pendidikan mampu mengubah kehidupan.
Untuk terus bersama kami dalam usaha membantu ramai orang, ini maklumat seperti tertera di bawah.
Penyerahan 10 unit katil pesakit kepada Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.
Alhamdulillah. Hari ini wakil Dana Kita Cikgu Hazlie Shafii menyerahkan 10 unit katil pesakit kepada Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Katil ini diserahkan ke Jabatan Pediatrik HUSM untuk kegunaan pesakit kanak-kanak yang sedang dirawat...
Terima kasih sahabat baik aku, Tuan Hafizi Zain sumbang dua unit benda alah bergolek ni.
Oleh: Mohd Fadli Salleh Terima kasih sahabat baik aku, Tuan Hafizi Zain sumbang dua unit benda alah bergolek ni. Nak sebut natang apa aku tak tahu nama. Mesin guling-guling ke apa nama ni? Yang penting ia membantu kerja kami banyak sangat. Seronok team main benda alah...
Salah tu. Cukup salah.
Oleh: Mohd Fadli Salleh "Bagusnya Dana Kita. Pantas bertindak. Tepat sampai ke sasaran. Bagusnya kalau pihak zakat pun macam ni". Salah tu. Cukup salah. Pihak zakat jauh lebih baik. Bantuan mereka tetap setiap bulan. Setiap hari pun ada bantuan kecemasan dan...
Perkara yang aku sangat suka mengenai team Dana Kita. Menjaga solat.
Oleh: Mohd Fadli Salleh Perkara yang aku sangat suka mengenai team Dana Kita. Menjaga solat. Mereka ni, penat macamana, buatlah aktiviti kat pelosok mana pun, solat mereka jaga. Tak kira di puncak gunung, di tepi jalan, wakaf di hentian, bahkan kaki lima kedai pun...
JOM BERSEDEKAH
DANA KITA
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi caknaNombor Akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama Akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Email: danakita.enquiry@gmail.com
0 Comments