Kipas siling jatuh sampai patah jari murid.
Kenapa boleh jatuh. Jawapannya kerana uzur, fasiliti yang dhaif. Itulah jawapannya.
Pendidikan sepatutnya adil untuk semua. Malangnya, ada banyak sekolah dhaif. Hanya sekolah-sekolah terpilih sahaja prasarana dan fasiliti mereka tiptop.
Adilkan begitu?
Nak kejar kemajuan itu bagus. Namun pastikan prasarana dan fasiliti sekolah mampu support segala perubahan itu.
Ni kipas zaman 80an masih di guna di sekolah, sedangkan guru kena ajak PAK 21, TS25, Pendidikan Digital dan sebagainya. Macamana tu?
Tolonglah pastikan prasarana dan fasiliti kita mampu support segala perubahan dan kemajuan yang kita perkenalkan.
Tak boleh nak lajukan kereta cuma tukar enjin sahaja sedangkan tayar botak, suspension teruk, handling out, brek tak makan.
Mana maunya kereta tu berdesup pergi. Last-last masuk gaung.
Begitulah.
#MFS
0 Comments