tudung-si-comel
pentagonmath
lawak-teka-teki
Masuk kelas tadi, murid datang mai bagi teka teki.

“Cikgu. Coklat apa tak boleh berlari?”

“Aik. Semua coklat tak boleh lari,” balasku.

“Salah. Coklat yang tak boleh lari ialah coklat Toblerone,” jawab dia sambil gelak. Kat mana kelakar entah.

“Kenapa pula?”

“Kan ‘Tak boleh run’,” dia gelak lagi.

Oooo, baru paham. Terus tergelak aku.

“Okey, cikgu pula nak tanya awak. Dalam banyak-banyak buah, buah apa paling gatal?”

“Buah rambutan?”

“Salah”

Habis budak-budak lain mai kerumun pakat bagi pelbagai jawapan buah-buahan.

“Semua salahhhh”

“Habis tu buah apa cikgu?”

“Buah-ya”

“Buah-ya tu apa?”

“Buaya lah”

“Kan cikgu tanya pasal buah. Kenapa jawapan dia binatang?”

“Laaa, nama pun teka teki”

“Tapi buaya tak gatal pun cikgu. Tak pernah saya tengok buaya menggaru”

“Adoi. Buaya tu gelaran untuk lelaki yang gatal suka mengorat perempuan macam Syukor Majid”

“Buaya mana mengorat perempuan. Dia kan duduk dalam air. Apa la cikgu ni,” pakat cebik mulut depa tu.

Adoi, seksanya jiwa raga aku nak fahamkan depa.

Ya, ni geng murid perempuan la ni stail tak mau kalah. Hmmm, masa dia bagi teka teki, walau tak lawak mana, walau jawapan tak logik aku gelak je.

Masa time aku, depa pertikai macam-macam. Perempuan memang dilatih dari kecil lagi supaya menyeksa jiwa raga lelaki eh?

“Sambal tahu sambal?” soal aku balik.

“Tahuuu. Sambal petai yang cikgu jual tu mak kita dah beli”

“Mak kita beli sambal tempoyak. Sedappp” sahut yang lain.

“Mama kita pun beli,” yang lain jawab.

Nohhhh, rupanya ramai dah parent-parent kena hasut beli sambal dengan aku rupanya.

Sempena sale 10.10 ni beli weh sambal sedap makan bertambah sini : https://shope.ee/4po91MJkl3

Yang mana cari buku latihan untuk anak-anak, beli sini :

Koleksi buku latihan Prasekolah : https://shope.ee/8A4azu1AOn
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/fya4AbJ34
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/40F22MnC10

Jika anak-anak lemah Darab dan bahagi, dapatkan buku Mathzier Sifir di sini : https://shope.ee/5fNG1Ujq1Q

#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –

T.me/EbookCikguFadli

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh...

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Masa rehat murid kelmarin, aku buat kerja kat meja macam biasa sebelum tiba-tiba adik Adam ni mai tegur. "Cikgu,...

Kisah Lucu di Kelas Matematik

Kisah Lucu di Kelas Matematik

"Kalau ada yang tak faham datang tanya cikgu okeh. Dah, buat kerja sekarang". "Baik cikguuuu!" bergegar kelas dengan...

Teka-Teki Budak Sekolah

Teka-Teki Budak Sekolah

M : Cikgu, saya ada teka teki.C : Ok, apa dia?M : Burung apa tak suka perempuan?C : Burung hantu?M : SalahC : Habis tu...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib