7 – 5 berapa? Macamana nak kira

buku-xplorasi-stem
tudung-si-comel
pentagonmath

Sumber / Guru: Cikgu Mohd Fadli Salleh  Subjek / Mata Pelajaran: Matematik  Tahun / Tingkatan: Kelas Umum

“7 – 5 berapa? Macamana nak kira?”

“Senang je cikgu. Buka jari 7, kemudian tutup 5. Jawapan dia 2”, balas murid-murid.

“Okey bagus. Pandai murid-murid cikgu. Sekarang 12 – 8 pula. Berapa?”

“Buka jari dua belassssss. Eh, tak cukup la jari ni dua belas. Macamana ni cikgu?” respon seorang murid.

“Awak kira la macamana pun. Cikgu tak nak tolong. Fikir sendiri,” balasku.

“Haaa. Saya tahu dah. Kita buka kasut, kena campur jari kaki,” jawab seorang murid yang lain.

“Betul tu. Jom buka kasut,” respon kawan dia.

Depa pun buka kasut, buka stoking, tu diaaa. Siap tambah jari kaki terus. Hahaha, tergelak je aku tengok gelagat mereka. Kemudian mereka mula pening,

“Macamana ni buka 3 je jari kaki. Jari kaki tak boleh lipat macam jari tangan,” tanya seorang murid.

“Tak pa. Tak pa. Biar saya tolong lipat untuk awak,” sahut kawan dia.

Tu diaaaaa. Bekerjasama nak nak lipat jari kaki kawan semata-mata nak jawab soalan 12 – 8. Memang tergelak aku tengok gelagat mereka.

Aku biar je mereka explore sendiri dan guna akal mereka nak selesaikan. Dah puas gelakkan mereka baru aku tunjuk cara kira yang betul. Jahat cikgu punnnn. 🤣🤣🤣

Mana boleh suap je semua benda. Lemak la asyik suap je kan? Kena bagi depa usaha dulu. Baru kita betulkan.

“Dahhhh! Pakai stoking dan kasut semula. Bau kaki awak macam bau jamban tak flush dah ni. Nak muntah cikgu”, jerit aku.

cara-nak-kira

Tu diaaa. Habis buka kasut nak mengira punya pasal. 🤦‍♂️

 

“Hahahahaha,” sekelas pakat gelak.

Dan kami pun terus belajar dengan gembira dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat.

Tamat.

***********

Ni caranya ya. Mudah kan? 😊

***********

BUKU BARU TAHUN 4 DAN 5 dan keluar gais. Ni buku baru okeh. Buku latihan Matematik, BM, Sains dan English. Tengok sini : https://shope.ee/7pHYCI4Ess

Yang mana cari buku latihan BM, BI, SC dan Math tahun 1-3 klik sini : https://shope.ee/3fRZF6Z6Lg

Yang mana anak masih tak kuasai darab dan bahagi, suruh dia buat buku Mathzier Sifir ni : https://shope.ee/1L3eSuFIe1

#MFS
– Kisah Tahun 1 –

T.me/EbookCikguFadli

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh...

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Masa rehat murid kelmarin, aku buat kerja kat meja macam biasa sebelum tiba-tiba adik Adam ni mai tegur. "Cikgu,...

Kisah Lucu di Kelas Matematik

Kisah Lucu di Kelas Matematik

"Kalau ada yang tak faham datang tanya cikgu okeh. Dah, buat kerja sekarang". "Baik cikguuuu!" bergegar kelas dengan...

Teka-Teki Budak Sekolah

Teka-Teki Budak Sekolah

M : Cikgu, saya ada teka teki.C : Ok, apa dia?M : Burung apa tak suka perempuan?C : Burung hantu?M : SalahC : Habis tu...

Lawak Teka-Teki di Kelas

Lawak Teka-Teki di Kelas

Masuk kelas tadi, murid datang mai bagi teka teki. "Cikgu. Coklat apa tak boleh berlari?" "Aik. Semua coklat tak boleh...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib