Respek sungguh aku pada Pengerusi MARA yang baharu ini, Dr Asyraf Wajdi.

respek-asyraf-wajdi

Respek sungguh aku pada Pengerusi MARA yang baharu ini, Dr Asyraf Wajdi.

Umum tahu, kes buli banyak berlaku di sekolah berasrama termasuk SBP dan MRSM tidak terkecuali. Siapa pernah duduk asrama, tahu lah.

Cuma sekarang ni mungkin tidak seganas kes buli dulu. Namun tetap ada walau kecil sekali pun. Senior buli junior ni dah jadi budaya di asrama.

Dan biasanya bila berlaku kes buli, pihak sekolah terutama pentadbir akan nasihatkan mak ayah tidak memanjangkan laporan ke balai polis, kepada pihak PPD, JPN dan KPM demi menjaga nama baik sekolah.

kes-buli

Banyak berlaku begitu.

Maka kes buli berterusan dan sukar dibendung. Kerana budaya menjaga nama sekolah masih mekar dan kuat terutama di sekolah elit seperti SBP dan MRSM.

Dr Asyraf Wajdi dengan tegas memberi amaran agar pihak sekolah jangan sesekali menyembunyikan kes buli yang berlaku di sekolah.

Jika tidak, pengetua akan dikenakan tindakan.

Fuh. Tegas dan padu. Amaran direct dari Pengerusi MARA itu sendiri. Pasti akan diambil berat oleh semua pihak yang berkaitan.

Aku percaya, dengan ketegasan seperti ini, kes buli dapat dibendung dan diturunkan.

Tahniah Dr.

Selayaknya beliau menggalas jawatan ini. Pemimpin seperti ini yang Malaysia perlukan. Yang tegas, berdedikasi dan turun padang buat kerja sepanjang masa.

Moga Dr terus maju jaya.

Selamat pagi dunia!

#MFS

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031