Saya rasa KPM perlu mengambil kira pendapat masyarakat tentang Pertandingan Games Online yang dijalankan di peringkat sekolah

tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Saya rasa KPM perlu mengambil kira pendapat masyarakat tentang Pertandingan Games Online yang dijalankan di peringkat sekolah. Tolong kaji semula baik buruk memberi laluan masuk Pertandingan Games Online ini melalui platform sekolah. Memang tidak dapat dinafikan, sukan esport ada memberi kebaikan juga. Namun perlu dinilai semula keburukan yang ada.

Dulu, kita hanya melihat sisi baik tanpa mengkaji dalam sisi buruk. Maka diluluskan masuk melalui platform sekolah.Dan hari ini, kita dapat lihat kesan buruk pula yang melanda anak-anak kita. Ketara sangat banyak keburukan dari kebaikan. Sehingga 95% guru-guru TIDAK BERSETUJU melalui survey yang diambil dari page Kami Guru Malaysia yang mana 3250 respondan diterima.

 

 

82% ibubapa turut sama tidak bersetuju melalui survey di Telegram yang mana majoriti ibubapa join. Survey ini melibatkan undian dari 3398 respondan.Dan survey bebas di story Fb saya yang mana lebih 3000 orang mengundi mendapati 91% netizen TIDAK BERSETUJU Pertandingan Games Online dianjurkan oleh pihak sekolah.

 

 

Angka ini adalah data dan statistik yang KPM perlu ambil perhatian serius.

Kita tidak menolak zaman dan kemajuan, namun kita perlu mencegah keburukan yang lebih besar yang bakal melanda generasi negara kita. Pertandingan Games Online ini dimulakan sejak sekolah rendah, masuk melalui sekolah-sekolah dengan kelulusan JPN dan PPD. Ini yang merisaukan kita. Seoalahnya pihak sekolah pula yang menggalakkan murid-murid terlibat dengan permainan online yang banyak memberi kesan buruk pada pelajar. Cukuplah sekolah menjadi tempat belajar dan tempat perkembangan ilmu. Rasanya tak perlu memasukkan unsur permainan online seperti ini.

 

 

Biar KBS sahaja yang anjurkan Pertandingan Games Online seperti ini. Biar pertandingan terus dibuat diluar sana tanpa melibatkan KPM, JPN, PPD dan pihak sekolah. Semua yang tidak setuju dengan hal ini bukan menidakkan potensi dan kebaikan melalui esport. Kami semua cuma TIDAK MAHU ia bermula dari sekolah. Biarlah dari pihak luar dan yang mana ibubapa dan murid yang berminat, mereka join melalui anjuran pihak luar. Bukan pihak sekolah.

Diharap survey, data dan undian ini diambil perhatian oleh pihak KPM untuk mereka menilai semula hal ini.

Sekian, terima kasih.
#MFS
.

durioo

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


shopee
Kukuhkan Ingatan Anak

Kukuhkan Ingatan Anak

Kukuhkan ingatan anak Ilmu yang baru dipelajari cepat dilupai. Begitulah anak-anak kita biasanya. Baru sahaja ajar dalam kelas, bila buat aktiviti kelas bukan main meriah. Bila buat kerja dalam kelas, hampir semua orang faham dan betul jawabnya. Sebulan kemudian,...

Cikgu, ni nama siapa?

Cikgu, ni nama siapa?

"Cikgu, ni nama siapa?" "Ni nama cikgu". "Okey. Ni untuk cikgu". "Terima kasih banyak". "Cikgu, ni nama siapa pula?" Ditunjukkan hadiah lain tertera nama Cikgu Loqman. "Ni nama Cikgu Loqman" "Terima kasih cikgu. Saya nak pergi cari Cikgu Loqman bagi hadiah pula"....

Eh, kat baju cikgu ada gambar chess.

Eh, kat baju cikgu ada gambar chess.

M1 : Eh, kat baju cikgu ada gambar chess. C : Awak tahu ke main chess? M1 : Tahu cikgu. C : Bagaimana kuda bergerak? M1 : Dia bergerak macam huruf L Murid-murid lain pakat dengar je perbualan aku dengan M1 dengan penuh minat. C : Kalau Castle ni pula gerak macamana?...

Benda dari Poket

Benda dari Poket

Hari ni jamuan raya kat sekolah aku. Masa tengah beraya ronda kelas ke kelas, aku perasan Aisyah ni keluarkan satu benda dari poket dia. Pastu dia tap tap benda tu kat bibir. Dia laga bibir atas dengan bawah, kemudian tersenyum manis. Kemerahan bibir dia. Wahh, pakai...

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas

Masuk kelas, bau wangi bukan main satu kelas. Semerbak baunya. Sah, ada yang buat hal main perfume. "Siapa main perfume ni?" tanya aku. Sekelas tunjuk kat murid laki ni. "Dia sembur kat saya juga cikgu," adu seorang murid. "Ah, kau yang nak juga. Aku bagi lah". Start...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

June 2023
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Arkib