Lori ini, dah jadi ahli keluarga kami. Semua sayang, semua jaga sepenuh hati.
Malangnya lori ini bukan milik Dana Kita. Ia cuma dipinjamkan secara percuma oleh seorang insan yang pemurah lagi dermawan.
Bayaran bulanan pun dia yang bayarkan. Kami nak bayar, dia tak bagi. Allahu. Baik orangnya.

Diserahkan pada Dana Kita 6 bulan lepas. Masa tu dia baru sahaja beli. Guna tak sampai 300km pun lagi. Asalnya dia beli untuk satu projek yang dia dapat, malangnya projek itu ditarik balik last minit menyebabkan lori tiada kegunaan.

 

PNW717 pernah naik feri ke Langkawi. Hantar ribuan set bantuan ke sana beberapa bulan lepas.

 

Maka diserahkan kepada NGO Dana Kita untuk berbakti, untuk menabur budi secara percuma.

6 bulan tempoh yang agak lama. Seluruh Malaysia lori ini pusing. Entah berapa ratus ribu kampit beras kami isi, berpuluh wheelchair, katil hospital, peti ais dan sebagainya.
Semuanya untuk projek amal.

 

Ratusan set sekali jalan. Penuh bakti lori ini.

 

Dan kelmarin, kami terpaksa menyerahkan semula lori ini kepada tuannya. Tuan dah ada job baru yang memerlukan khidmat lori.
Memang sedih nak melepaskan. Namun adat meminjam, kena pulangkan.

 

Muhammad Irwan dan Fadamir Saad banyak kenangan pahit manis dengan PNW717 ini. Sayang sungguh mereka.

 

Katanya Muhammad Irwan dan Fadamir Saad menangis masa hantar lori ni. Mereka berdua antara driver paling kerap bawa lori ni.
Hari tu aku ada cakap kat Irwan,

“Wan. Kau bagitahu owner lori ni, Dana Kita bayarlah lori dia”.

“Tak leh Li. Owner tak nak jual”.

Maka terpaksa kami redha. Nampaknya kami kena beli satu lori pengganti PNW717 ini. Lori yang sehebat dan sekental ini untuk dijadikan aset dan ‘keluarga’ kami.
Gambar terakhir yang kalian lihat tu, susunan 5 buah lori. Semuanya ada sticker dan logo Dana Kita.

 

Di Murtadha Dakwah Centre masa misi ke Utara Ramadan lepas. 5 buah lori turun. Hanya yang tengah milik Dana Kita. Hat lain semua dipinjamkan oleh kawan-kawan pemurah termasuk PNW717.

 

Sejujurnya, hanya sebuah milik Dana Kita. Yang paling kecil kat tengah-tengah itu, itu sahaja aset kami.

Yang lain, semua infaq kawan-kawan. Dengan rela hati benarkan lori mereka ditampal dengan sticker dan logo Dana Kita.

Ah, indah akhlak mereka. Baik budi pekerti dan pemurah belaka.

Semoga syurga buat kalian semua.

564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Dana Kita

#MFS