Tali pinggang ni kalau boleh tak payah la bagi murid tahun 1 pakai.

buku-xplorasi-stem
tudung-si-comel
pentagonmath

Tali pinggang ni kalau boleh tak payah la bagi murid tahun 1 pakai.

 

Tali pinggang ni kalau boleh tak payah la bagi murid tahun 1 pakai.

Nak-nak tali pinggang jenis gini. Kalau tak kena cara, kalau tak pandai nak buat, sampai ke sudah tak boleh buka.

Pernah berlaku murid terberak dalam seluar kerana tak tahu nak buka tali pinggang.

Murid ni minta izin ke tandas, nak buang air katanya. Baru pergi tak sampai 3 minit aku lihat murid ni berlari semula ke dewan. Ingatkan kena kejar hantu ke apa, rupanya nak minta tolong buka tali pinggang.

Adeh. Pakai kat rumah mak atau ayah atau abang tolong pakaikan. Masa nak buka menggelupur cari cikgu. Nasib baik sempat tahan. Kalau tak tahan sangat memang ‘terbuang’ dalam seluar la jawabnya.

Tali pinggang ni tak wajib pun murid pakai. Accessories nak bagi nampak smart je pun. Tak adanya cikgu denda jika tak pakai tali pinggang.

Kalau nak belikan anak tali pingggang juga, jangan pilih pattern macam ni. Pilih pattern macam tali jam tu. Tu senang buka. Boleh tengok sini : https://shope.ee/10R8ZunhkP

Paling penting, pastikan anak ada set asas alat tulis. Pembaris satu, pemadam satu, pensel dua batang, sharp satu, pensel warna kecik satu.

Geram ja aku bila tengok beg kemain mahal, pakaian kemain kemas, rambut bersikap rapi, bila nak buat kerja pemadam pun tak ada, pembaris pun tak ada. Adoi!

Nah beli sini set alat tulis asas yang murah : https://shope.ee/6f5VKMrNXl

Okeh. Tu ja nak cerita malam ni. Karang aku sambung kisah lain pula.

#MFS
– Kisah Tahun 1 –

T.me/EbookCikguFadli

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh...

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Masa rehat murid kelmarin, aku buat kerja kat meja macam biasa sebelum tiba-tiba adik Adam ni mai tegur. "Cikgu,...

Kisah Lucu di Kelas Matematik

Kisah Lucu di Kelas Matematik

"Kalau ada yang tak faham datang tanya cikgu okeh. Dah, buat kerja sekarang". "Baik cikguuuu!" bergegar kelas dengan...

Teka-Teki Budak Sekolah

Teka-Teki Budak Sekolah

M : Cikgu, saya ada teka teki.C : Ok, apa dia?M : Burung apa tak suka perempuan?C : Burung hantu?M : SalahC : Habis tu...

Lawak Teka-Teki di Kelas

Lawak Teka-Teki di Kelas

Masuk kelas tadi, murid datang mai bagi teka teki. "Cikgu. Coklat apa tak boleh berlari?" "Aik. Semua coklat tak boleh...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib