Tular soalan ni mempersoalkan kenapa dapat kosong.

video-kafa

kenapa-dapat-kosong

Tular soalan ni mempersoalkan kenapa dapat kosong. Ramai juga yang kecam kata tak patut dapat kosong.

Okeh, sebenarnya macam ni gais. Soalan macam ni biasanya 2 markah. Paling tinggi, 3 markah.

Dan jalan kira yang murid ni tunjukkan tu sepatutnya dia dapat markah penuh. Full mark! Ini kerana ada jalan pengiraan bermakna.

Tak perlu pun RM4.50 bahagi 3 kerana dah jelas dalam soalan RM4.50 tu untuk 3 tin. Bila soalan tanya jumlah untuk 12 tin, murid ni terus darab 4, bermakna dia faham kehendak soalan dan skip part bahagi 3 untuk dapatkan harga satu kuantiti.

Cara murid ini dikira betul dalam penandaan kertas dan patut dapat markah penuh.

Soalnya kenapa markahnya kosong?

Satu je sebab.

Sebab murid ni tak jawab soalan ni. Jawapan yang ditulis itu dijawab selepas kertas soalan dipulangkan.

Makna kata, masa guru tanda kertas ni, soalan ni tidak dijawab.

Jelas kan?

Hal begini memang selalu berlaku pada kami sebagai guru. Parent pertikai kenapa anak salah sedangkan jawapan kat kertas betul.

Padahal anak dia tak jawab pun masa exam, masa guru pulangkan kertas soalan, masa tu baru dia tiru jawapan kawan atau tulis jawapan yang betul dengan bimbingan guru.

So setel kes ni ya!

UPDATE : Ada dua je kemungkinan.

1. Murid tu tak jawab
2. Guru tu guru baru yang tak pernah hadiri bengkel penandaan kertas 2.

Kalau betul murid tu jawab, kemungkinan kedua lah. Tak mungkin guru yang hadiri bengkel penandaan kertas soalan akan bagi markah 0 untuk jawapan murid tu.

*********

Mana yang anak-anak lemah Matematik tu, beli la buku Mathzier Matematik 1.0 yang aku bina tu. Rm6.90 sahaja senaskah. Ribuan soalan khas untuk kukuhkan asas anak-anak dalam operasi asas Matematik.

Untuk tahap 1, dapatkan sini : https://shope.ee/5ztZMM6DGz

Untuk tahap 2, klik sini : https://shope.ee/7A5VnbTH50

Yang cari ebook dan modul-modul digital lengkap dengan puluhan video pengajaran saya, puluhan ribu soalan latih tubi, nota ringkas yang padat dan lengkap, siap skema semua, dapatkan satu modul cuma RM25. Kalau beli kombo 7 modul cuma RM100.

Dapatkan sini : https://cikgufadli.com/ebook-mohd-fadli-salleh/

#MFS
– Guru sekolah rendah –

T.me/EbookCikguFadli

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930