tudung-si-comel
pentagonmath

ragam-murid-tahun-1

 

Pelbagai keletah murid tahun 1 ni. Comel ada, geram pun ada. Ini 6 ragam murid tahun 1.

1) Mereka akan terus bertanya selagi kita tak bagi jawapan yang memuaskan hati mereka.

“Cikgu, saya nak minum air.”

Angguk.

“Cikgu, saya nak minum air.”

“Hmmm.”

“Cikgu! Saya nak minum air.”

“Okey Puteri Nur Malisa Anabella Ain Fitriah Maisarah binti Khairul Hamidul Rahman, awak boleh minum air sekarang.”

“Terima kasih cikgu.”

😭

***********

2) Dah tahu pun tanya juga.

“Cikgu, bunga ros ni kena warnakan kaler merah kan?”

“Ya, merah.”

“Kalau saya nak warnakan kaler biru, boleh?”

“Boleh juga. Bunga awak kan?”

“Tapi cikgu, bunga ros warna merah kan?”

“Iya. Warna merah. Tapi kalau awak nak warnakan bunga tu kaler kuning ke, oren ke, hitam ke, terpulang pada awak. Bunga awak.”

“Mana boleh cikgu. Tak cantik. Bunga ros kan warna merah.”

“Okey. Dah tahu warna merah, kaler je lah warna merah.”

Sengih-sengih dia masuk nak sambung mewarna, tak sempat 10 saat datang lagi.

“Cikgu, cikgu. Merah pekat ke merah cair? Pink boleh tak cikgu?”

Selonggok dia lambakkan warna kat atas meja suruh kita pilih pula. 😅

“Ni guna warna merah pekat ni,” ujar cikgu sambil hulur warna merah pekat.

“Tapi cikgu, saya suka merah cair. Tak nak la merah tu.”

😭

*********

3) Benda yang setiap hari ditanya tapi masih tanya juga sampai akhir tahun.

“Cikgu, kena selang (langkau) ke?”

“Iya, kena selang. Baru cantik. Kan dah cakap semalam.”

“Tapi kakak saya tulis tak selang pun. Cantik juga.”

“Kakak dah besar. Awak baru tahun 1, kena selang.”

“Baik cikgu.”

5 saat kemudia dia datang depan bawa buku tunjuk hasil kerja.

“Selang macam ni kan cikgu.”

“Iya. Macam tu lah. Dah, buat sampai siap baru hantar.”

Dia masuk ke tempat dan sambung buat kerja. 15 saat kemudian datang lagi.

“Selang macam ni kan cikgu?”

“Iyaaaaaa. Cantik dah tu. Dah, siapkan semua dulu baru datang depan.”

Masuk balik ke tempat. 10 saat kemudian bangun lagi nak ke depan. Tak dan sampai depan cikgu dah jerit,

“Iya Muhammad Khalish Ikmal Nasir bin Jusoh. Selang macam tuuuuu!”

😭

*********

4) Menulis hari dan tarikh.

“Cikgu, hari tulis sebelah kiri ke kanan?”

“Hari sebelah kiri.”

“Cikgu, tarikh nak tulis sebelah mana?”

“Kalau dah hari sebelah kiri, tarikh takkan nak tindan atas hari? Nak tulis sebelah mana pula kalau tarikh? Kan ada contoh cikgu tulis kat papan putih ni. Tiru macam ni.”

“Ya ya cikgu. Tarikh tulis sebelah kanan. Jangan la marah-marah cikgu. Nanti cepat tua.”

“Biarlah cikgu tua pun. Pergi buat kerja cepat.”

“Cikgu, cikgu. Hari sebelah mana dah cikgu? Kanan ke kiri? Saya lupa.”

“Kiriiiiii!”

“Errrr. Cikgu, cikgu. Kanan tu sebelah sini kan cikgu?” (Sambil tunjuk sebelah kanan bukunya)

😭

*********

5) Habis semua dia pergi sharp. 🤦‍♂️

“Cikgu, saya nak sharp pensel boleh?” tanya Ali.

“Boleh. Pergilah.”

“Cikgu, saya nak sharp juga,” kata Ain.

“Pergilah.”

“Cikgu, saya pun,” balas Karim.

*Cikgu angguk sahaja tanda benarkan.

“Cikgu, pensel saya pun dah patah,” kata Nisa.

“Okey kelas. Siapa nak pergi sharp pensel boleh pergi. Tak payah tanya lagi.”

Sekelas berlari pergi belakang nak sharp. Yang pensel masih tajam pun sharp juga. Yang bawa semua pensel warna nak sharp pun ada. Padahal tak ada aktiviti guna pensel warna pun.

😭

********

6) Pensel siapa?

“Kalau jumpa barang, jangan ambil. Tak baik ambil barang orang. Bagi kat cikgu, cikgu simpankan. Nanti jumpa siapa punya, cikgu pulangkan. Faham?” pesan guru.

“Faham cikguuu!” sekelas menyahut.

Tak dan 5 saat, beratur datang bagi barang kat meja cikgu. Pensel ada, pemadam ada, botol air ada.

“Cikgu, nah saya jumpa pensel.”

10 saat kemudian, datang murid mengadu.

“Cikgu. Pensel saya hilang.”

“Macamana boleh hilang? Jatuh ke?”

“Tak cikgu. Tadi Amin ambil pensel atas meja saya, dia hantar kat meja cikgu.”

😭

*********

Cukup la dulu 6 ragam anak-anak kalian di tahun satu. Penat dah aku tulis ni. Lain kali aku cerita lagi.

Cuma nak ingatkan, begitulah antara gelagat anak-anak kalian di sekolah. Punya la sabar cikgu melayan karenah mereka.

Sebab itu jika pernah ada masalah dengan cikgu-cikgu, datanglah selesaikan elok-elok. Jangan cepat nak maki hamun kat media sosial, nak malukan, nak report polis dan saman bagai.

Banyak sebenarnya kisah dan jasa guru terhadap anak kalian yang kalian tak pernah tahu.

Cikgu pun manusia. Kadangkala ada buat salah dan silap juga. Bila begitu, selesaikan elok-elok.

Datang bincang gaya orang matang. Gaya orang yang menghargai ilmu. Gaya orang yang menghargai seseorang yang banyak berjasa dan bersabar dengan karenah anak-anak kita.

Begitu.

#MFS
– Cikgu sekolah rendah –

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh...

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Masa rehat murid kelmarin, aku buat kerja kat meja macam biasa sebelum tiba-tiba adik Adam ni mai tegur. "Cikgu,...

Kisah Lucu di Kelas Matematik

Kisah Lucu di Kelas Matematik

"Kalau ada yang tak faham datang tanya cikgu okeh. Dah, buat kerja sekarang". "Baik cikguuuu!" bergegar kelas dengan...

Teka-Teki Budak Sekolah

Teka-Teki Budak Sekolah

M : Cikgu, saya ada teka teki.C : Ok, apa dia?M : Burung apa tak suka perempuan?C : Burung hantu?M : SalahC : Habis tu...

Lawak Teka-Teki di Kelas

Lawak Teka-Teki di Kelas

Masuk kelas tadi, murid datang mai bagi teka teki. "Cikgu. Coklat apa tak boleh berlari?" "Aik. Semua coklat tak boleh...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib