Teringat di suatu aku naik kereta dengan abah

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh 

Teringat di suatu aku naik kereta dengan abah. Aku Form 1 rasanya masa ni. Macam-macam abah dok pesan sepanjang perjalanan.

Abah yang sedang bercakap tiba-tiba berhenti. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Aku pelik dan terus bertanya,
“Abah baca apa tu?”

Abah pandang aku dan senyum. Dia jawab,
“Tadi lalu kat kubur. Abah bagi salam dan sedekah Fatihah pada penghuni sana”.

Aku terdiam. Oh, rupanya gitu amalan abah. Setiap kali lalu mana-mana tanah perkuburan, abah akan bagi salam dan sedekah Fatihah pada penghuni alam barzah.

 


Tak kira kubur siapa pun. Dan amalan itu aku pula cuba praktik sekarang. Namun banyaknya terlupa dan lalai juga.

Semoga abah tenang di sana.

Sayang abah hingga ke syurga. ❤️

Nota : Gambar raya pertama dua tahun lepas. Rutin abah, tempat pertama abah tuju di pagi raya ialah perkuburan. Bawa anak-anak, bawa cucu-cucu beraya kat sana dulu.
Setiap hari Jumaat pun abah akan ke tanah perkuburan, mendoakan ibubapanya dan kaum kerabat. Istiqomah abah dalam ziarah kubur ni hingga ke akhir hayat.
#MFS

NOTIS PENTING

Sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pemilik asal untuk tips / jawapan / maklumat.

Noor Azlin Mohamad

Noor Azlin Mohamad

Admin / Editor CikguFadli.com

Noor Azin Mohamad (Kak Elin)

  • Blogger , Live Host and Internet Marketer

Email: admin@cikgufadli.com

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



promo tahun 1-4
Langgan Durioo Plus
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

September 2025
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930