Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh
Abah dan Dana Kita.
Masa aku buat NGO Dana Kita, abah tak tahu pun. Beberapa bulan selepas itu, masa aku balik kampung abah bertanya.
“Abah dengar Li buat NGO berdaftar dah. Baguslah, buat saluran yang betul. Abah sokong”.
“Ya bah. Motto Dana Kita ialah ‘Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna’. Motto ni Li ambil inspirasi dari semangat abah buat amal kebajikan berpuluh tahun lamanya.
Abah istiqomah. Abah beri tak banyak pada satu-satu keluarga, namun setiap bulan. Abah buat seorang diri. Dan abah tak tunggu nak kaya pun untuk buat kebajikan.
“Inspirasi dari abah, Li buat NGO dan run”.
Abah senyum. Senang dia dengan penjelasan aku. Dia sokong penuh anak-anak terlibat dengan program kebajikan. Abah pesan,
“Jaga elok-elok amanah orang. Setiap kiriman orang tu pastikan sampai. Nanti orang meninggal, mereka menantikan pahala sedekah mereka. Pastikan sampai sedekah orang”.
Aku angguk tanda faham. Bila aku bercerita pada team tentang NGO Dana Kita aku asaskan kerana terinspirasi dengan kerja kebajikan abah, mereka syorkan,
“Apa kata lantik abah jadi penaung Dana Kita”.
Mereka semua sepakat nak abah jadi penaung. Bukan aku yang suruh. Bukan aku yang cadang. Maka bila aku balik kampung selepas itu, aku bagitahu abah,
“Abah. Kami nak lantik abah jadi Penaung Dana Kita”.
“Tak payah lah. Abah ni orang tua. Tak dapat bantu apa pun”.
“Jangan kata gitu bah. Sebab abah NGO ini wujud. Inspirasi dari abah ni”.
Abah cuma diam. Namun diamnya aku tahu diam yang setuju dan gembira.
Selepas itu secara rasmi Dana Kita ada penaung dah. Semua team seronok sangat. Abah pun bangga bila Abang Ariff ajak ke program-program Dana Kita.
Abah tak pernah aturkan apa program kami. Tak pernah nak suruh itu, suruh ini. Tak pernah ganggu setiap percaturan kami. Abah hanya mendengar setiap perancangan yang bakal kami buat.
Balik kampung abah akan tanya apa projek terbaru Dana Kita. Sekadar nak tahu perkembangan. Namun abah ada sekali berpesan,
“Eloknya selain agihan barang dapur, buat juga projek waqafan. Waqaf pondok agama, waqaf bangunan, waqaf masjid, letak kat situ sebahagian kiriman orang ramai.
Pahala waqafan ni berpanjangan”.
Maka projek waqafan menjadi salah satu dari 5 cabang utama projek kebajikan kami. Abah pun seronok sungguh lihat perkembangan NGO Dana Kita.
Lagi abah seronok bila tahu kami semua tak pernah ambil gaji. Tak pernah ambil elaun dan seumpamanya.
Abah jadi Penaung Dana Kita, seringgit pun tiada gaji, tiada elaun. Aku yang Presiden, Irwan yang Timbalan, Dr Wan Ahmad Faiz Marzuki yang S/U, Cikgu Zahran yang jadi Bendahari, semua kami tak bergaji.
Suka abah bila kami bagitahu begitu.
Abah seronok sangat-sangat sampai pondok di Pasir Tumboh yang asalnya abah yang waqaf, dia suruh letak signboard Dana Kita.
Tanah abah beli masa muda di Terengganu, dua lot abah waqafkan untuk buat masjid. Abah pesan sungguh suruh letak nama masjid tu sebagai Masjid Waqafan Dana Kita.
“Biar orang yang sumbang selama ini nampak hasil sumbangan mereka. Bagi barang ni bagus, namun lepas bagi ia habis. Tak tinggal tanda.
Bila ada pondok, ada Masjid Dana Kita, tanda tu jelas. Orang boleh tengok sampai bila-bila. Mereka pun rasa puas hati”.
Sungguh benar bagai abah kata. Selepas kami bina Masjid Waqafan Dana Kita, memang penyumbang seronok sangat dapat lihat tanda.
Ah abah. Terlalu banyak pelajaran abah ajar dengan tingkah laku abah sahaja. Sepatah dua yang keluar dari mulut abah, semuanya mutiara berharga.
Dan kini, kami tidak lagi dapat menerima mutiara berharga dari abah. Tenanglah abah di sana ya. Li, adik-beradik dan kawan-kawan akan sambung kecintaan abah pada projek kebajikan sehabis baik kami.
Sayang abah hingga ke syurga. ❤️
#MFS

Abah secara rasmi kami lantik jadi penaung lebih kurang 6 bulan selepas tertubuhnya NGO Dana Kita. Abah pakai baju dan kibar bendera Dana Kita dengan bangga bersama anak-anak yang meneruskan kecintaan abah dalam projek kebajikan.

Abah kibar bendera Dana Kita di Pondok Pasir Tumboh. Ni pondok Dana Kita sepenuhnya.

Setiap kali team turun ke Kelantan, mereka akan singgah rumah abah tunjuk aset kami dan bagitahu perjalanan program semasa. Abah sempat bergambar dengan Van Panel Dana Kita aset yang baru dibeli 3 bulan lepas.

Abah di Masjid Dana Kita. Datang melawat lihat orang nak pasang signboard.

Pondok Pasir Tumboh. Kalau tak silap aku, pondok ini dibina dengan majoriti duit peribadi abah. Sebahagian kecil sahaja kiriman Dana Kita. Namun abah suruh letak label Dana Kita.
“Biar orang dapat lihat tanda,” kata abah.

Pondok orang tua di Berangan. Pun ada signboard Dana Kita. Beberapa pondok waqafan peribadi abah kekal tidak bernama.

Tanah yang abah waqafkan untuk Masjid Waqafan Dana Kita.

Masjid yang siap dibina. Alhamdulillah, abah sempat solat beberapa kali dalam masjid ini.

Team Dana Kita yang hadir tahun lepas. Masa ni kes covid kurang 10 kes sehari dah. Banyak kelonggaran.

Bersama team Dana Kita yang singgah ziarah abah bila ada program di Kelantan. Seronok mereka kalau jumpa abah.
Salam
Blh share no akaun dana kita
Admin: Waalaikumsalam,
564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Boleh juga terus klik sini untuk lebih mudah menyumbang :
https://bit.ly/SasaranDanaKita
Juga boleh download aplikasi mobile DanaKita utk kemaskini segala aktiviti DanaKita di:
bit.ly/DanaKitaAndroid