tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Seingat aku, masa aku darjah 2 kot, aku teman abah pergi mengaji Quran. Perginya waktu malam, tok guru dia orang buta.

Siang abah kerja, pulangnya petang. Waktu malam abah akan pergi mengaji Quran berguru. Kadang diajak anak-anak buat peneman. Bila guru itu meninggal, abah cari tok guru lain pula.

Sejak zaman muda, sampai akhir hayat abah ada tok guru mengaji Quran. Bukan kerana abah tak pandai, tapi abah cukup suka berguru dalam membaca Quran.

Seingat aku, dari aku kecil hingga abah meninggal dunia, abah berguru dengan ramai tok guru Quran. Sampai hari ini aku tidak tahu kenapa abah cukup suka baca Quran depan Tok Guru.

Banyak kali aku ikut abah pergi mengaji Quran, bacaan abah sempurna. Tok Guru tak ada tegur pun bacaan abah, namun abah tidak pernah meninggalkan guru dalam mengaji.

Kat rumah, Quran adalah peneman abah. Rutin harian. Tidak pernah ada satu hari semasa abah sihat Al Quran ditinggalkan. Abah pesan,

“Bacalah Quran setiap hari walau satu ‘ain'”.

 

 

Dulu aku tidak tahu apa maksud satu ‘ain’ ni. Ingatkan huruf ‘ain’. Rupanya satu ‘ain’ adalah penanda dalam Quran. Tanya tok guru Quran mesti mereka tahu. Aku nak jelaskan melalui tulisan gini payah juga.

Bila pergi umrah, abah akan pastikan dia khatam Quran sekali masa di Mekah, dan sekali lagi masa di Madinah. Kata abah pada aku masa kami sama-sama mengerjakan umrah dulu,

“Ni bumi Quran diturunkan. Cuba sedaya upaya biar khatam Quran di Tanah Haram ini. Baraqah Quran ni tiada tandingan”.

Di pejabat abah, Quran ada. Pernah sesekali aku singgah pejabat abah, buka pintu bilik tengok abah sedang baca Quran di pejabat.

Kat rumah tu sentiasa. Pagi, petang, siang, malam, kitab Quran adalah kecintaan abah.

Abah buat spek mata pun semata-mata nak baca Quran. Selain baca Quran abah takkan pakai spek mata.

Abah bukan ustaz. Bukan alim ulamak. Namun istiqomah abah pada amalan kecil itu sangat aku kagumi.

Bukan mula masa dah pencen, bukan mula nak istiqomah masa dah tua. Tapi abah istiqomah sejak zaman muda.

Sejak aku kecil lagi aku sudah ingat hal ini. Sebelum aku lahir pun kata ma abah dah istiqomah membaca Quran di rumah, pejabat dan berguru.

Banyak kali aku terbaca dan dengar ustaz berceramah, bahawa Al Quran adalah peneman di alam kubur.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya rumah yang sentiasa dibaca al-Quran, akan terbentang di atas rumah itu satu tenda yang penuh dengan cahaya yang dijadikan penerang oleh penduduk langit.

Jika pembaca al-Quran itu meninggal dunia, bekas yang bercahaya itu akan diangkat sedang para malaikat melihatnya daripada langit, tetapi tidak dapat dilihat oleh manusia lain.

Kemudian para malaikat akan menjemputnya daripada langit ke langit, lalu mereka mengerjakan solat ke atas roh yang berada di tengah-tengah para arwah itu dan memohon keampunan daripada Allah ke atas roh itu sehingga tiba hari kiamat.”

Sumber artikel dan hadis : https://ikimfm.my/teman-alam-barzakh/

Besar pengajaran aku dapat dari sikap abah ini. InsyaAllah aku cuba ikut semampu aku. Terima kasih abah sentiasa mengajar dan mendidik kami.

Sayang abah hingga ke syurga. ❤️

#MFS

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee
17 Perkara Ibu bapa Harus Tahu Tentang Durioo+

17 Perkara Ibu bapa Harus Tahu Tentang Durioo+

1. Anak-anak suka sangat dengan gadget dan tonton YouTube. 2. Risau juga weh memandangkan kat YouTube banyak content berunsur lucah, ganas dan extreme. Tapi tu lah, anak-anak suka layan kartun kat YouTube. 3. Walau mereka layan kartun Islamic dan tak ada pengaruh...

Sedikit sejarah tentang PBS

Sedikit sejarah tentang PBS

Sedikit sejarah tentang PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) : Dikatakan Menteri Pendidikan masa tu Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan PBS sebab tiru Australia. Australia laksanakan sistem School Based Assessment (SBA) Antara teknik penilaian maju la kiranya PBS...

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang

Semalam dok ajar Pe Chey daftar affiliate Bulan Bintang. Dekat jam 12 malam dia mai suruh ajar. Mula-mula aku tunjuk-tunjuk cara je. Makin tunjuk makin tak faham ni, aku ambik je telefon dia tolong buatkan. Haishh, geram aku. Agaknya ni perasaan mak-mak dan ayah-ayah...

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita

Kita tak boleh ubah (sikap) orang disekeliling kita, tapi kita boleh ubah (siapa) orang yang patut ada disekeliling kita. Kita tak boleh nak ubah sikap orang yang suka mengumpat, menabur fitnah, suka menokok nambah cerita, suka melaga-laga, suka bersangka buruk....

Sayu juga tengok lukisan ni. Ia simple, namun mendalam.

Sayu juga tengok lukisan ni. Ia simple, namun mendalam.

Kena dengan ramai antara kita. Berusaha demi menyara keluarga, mencari rezeki yang halal dari siang membawa ke malam. Hanya untuk kesenangan anak isteri, seorang suami tidak kisah bersusah payah. Biar dia penat, biar dia berpanasan, biar dia basah ditimpa hujan, demi...

Bagusnya MYDIN Malaysia

Bagusnya MYDIN Malaysia

Terbaca perkongsian sahabat aku, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang bagusnya MYDIN Malaysia menyantuni pekerja OKU. Mydin menerima pekerja OKU tanpa membezakan gaji mereka dengan pekerja biasa. Bahkan lepas SPM dulu aku sempat bekerja di Mydin Kota Bharu, cari...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib