Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh
Anak-anak asyik layan YouTube skate baru-baru ni. Lepas tu mereka minta belikan skateboard pula.
Mana boleh senang-senang minta. Bayarlah dengan duit raya korang. Wakaka.
Aku pun beli la skateboard kat Shopee yang harga RM35.90 kat Shopee. Nampak review cun dan beribu orang beli.
Bila sampai, anak-anak lenjan sungguh. Depa tiru skill kat YouTube. Siap hafal semua jenis skill lagi. Satu skateboard hancur bearing, satu lagi skateboard patah papan tu.
Tapi si abang Arshad pandai pula dia tukar tayar rosak kat papan lebih elok. Depa tiga beradik ni lenjan betul-betul. Tak dan dua hari hancur lagi tayar tu. 😅
Mereka merayu nak beli skateboard elok pula. Amar Ash Arumi yang jadi mangsa tukang sampaikan keinginan mereka. Melalui ibu mereka pun Arshad dan Asyraff bodek juga suruh ibu dia pujuk aku.
Aku buat tak tahu ja. Sejujurnya aku kurang setuju main skateboard ni. Bahaya lah.
Tapi lepas tengok skateboard lama lunyai, lepas tu Arshad tunjuk pula video mereka dua beradik ni buat lompat-lompat, aku macam,
‘Wah. Ni dah another level untuk budak-budak tanpa coach pun. Bukan sekadar tolak dan gelek ja’.
Maka aku buka Shopee, order skateboard yang lebih elok. Harga RM51.90 satu. Beli satu sorang. Order siap dengan pad keselamatan semua dah.
Kemudian aku terfikir, kenapa tak beli satu yang betul-betul elok? Budak-budak ni serius main ni. Beli yang murah sangat karang cepat je hancur ni.
So pagi tadi aku pun godek-godek Fb. Cari kedai skateboard betul. Jumpa kedai milik orang Melayu kita.
The G Hard Pro Shop.
Wasap mereka, terus mereka respon. Siap bagi suggestion lagi jenis skateboard yang kualiti okey untuk begginer. Bagus giler seller ni. Sopan dan pandai layan customer.
Harga RM358 termasuk Lalamove. Order jam 10 pagi, jam 11 sampai. Tu dia, sepantas kilat.
Korang yang nak order juga terus wasap mereka kat sini ya :www.wasap.my/+60172448521
Alang-alang main, main sungguh-sungguh. Kalau dah makin power, ayah upgrade skateboard korang ke level yang lagi power.
Main skateboard tu main la jugak, korang malas belajar ayah belasah dengan papan skateboard tu.
@The Arumi’s
#MFS
– Support minat anak-anak –
0 Comments