Perjalanan Kerjaya Abah Sungguh Menginspirasikan Anak-Anak

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Perjalanan kerjaya abah sungguh menginspirasikan anak-anak. 4 tahun bertugas terus jadi Penolong Kanan. Setelah itu menjadi pengetua sekolah.

Pentadbiran abah tegas dalam kasih sayang. Banyak sangat aku belajar dengan abah bab pentadbiran.

Abah tak pernah bersikap bossy. Tidak. Dia bukan boss. Dia pemimpin.

Kerani biasa, tukang kebun, PAR, PRA, semua abah layan macam VVIP. Mereka sakit abah pasti ziarah, mereka ini abah ajak datang ke rumah makan nasi sama-sama.

Pernah masa abah jadi pengetua kat MPKB, masa tu abah pulang makan tengahari. Ada tukang kebun sedang mesin rumput di laman. Abah suruh dia berhenti, datang naik makan tengahari sama-sama.
“Tuan Hj makan dulu. Saya dah makan,” ujar tukang kebun berbohong.

“Mari. Makan dengan saya. Buat teman. Berkat makan sama-sama”, balas abah.

“Eh jangan gitu Tuan Hj. Saya ni bau busuk. Berpeluh-peluh. Buat kerja dari pagi. Tuan Hj makan dulu. Lepas ni saya makan,” balas tukang kebun malu.

“Jangan kata gitu. Mari, teman ambo,” abah berkeras.

Akhirnya akur si tukang kebun.

Kes sama juga masa ada buruh kasar datang buat garaj rumah pengetua ni. Padahal tu bukan staff abah, bukan staff MPKB. Entah kontraktor upah tukang dari mana pun aku tak tahu.

Abah jemput seperti ini juga. Segan sungguh mereka, puas tolak. Tapi abah tetap bertegas. Maka makanlah buruh kasar dengan baju kerja yang kotor, bersama abah semeja yang masih berbaju kot. Lepas tu abah kena masuk bekerja semula.

Abah bergurau, berborak, melayan mereka bagai ahli keluarga. Tanyalah sesiapa yang pernah berkhidmat dibawah pentadbiran abah. Begitulah sikap abah.

Antara perkara paling abah titik beratkan dalam pekerjaan adalah keberkatan dalam rezeki. Ni abah cukup-cukup jaga.

 

 

Di setiap sekolah dan tempat abah berkhidmat, abah pasti tinggalkan duit kepada sekolah. Banyak juga abah tinggalkan. Bila ditanya kenapa abah bagi duit peribadi dia kepada sekolah, abah jawab,

“Saya selalu bawa anak-anak ke tempat kerja. Kadang-kadang anak ambil kertas pejabat buat jet, anak guna pen yang merupakan harta kerajaan buat conteng, anak-anak tengok komputer guna komputer kerajaan, guna letrik kerajaan, kira duit ini ganti untuk semua tu.”

Sampai tahap tu abah jaga keberkatan dalam setiap sen rezeki abah.

Yang ni memang kami adik-beradik jadikan panduan betul-betul. Setiap sen rezeki yang diterima itu pastikan betul-betul halal. Ia menjadi darah daging anak-anak kita.

Kemenjadian anak-anak bergantung pada sumber rezeki yang ibubapa bawa pulang.

Ah, banyak sungguh pelajaran dan ilmu dapat aku timba dari setiap perlakuan abah.

Abah tenanglah di sana. InsyaAllah setial amal ibadah abah diterimaNya. Kami anak-anak akan sentiasa mengirim doa.

Sayang abah hingga ke syurga. ❤️

#MFS
.

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

December 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031