Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh
Tentang vaksin ni, ada 3 golongan.
1. Sokong vak5in sepenuhnya
2. Golongan antivac
3. Golongan ragu-ragu dengan vak5in yang ada.
Golongan ketiga ni ramai juga. Mereka bukan antivac. Diri mereka, keluarga mereka, tak pernah menolak apa-apa vak5in sebelum ini.
Cuma bila sebut vak5in covid, mereka fikir panjang. Banyak artikel, video dan hebahan membuat mereka ragu-ragu.
1. Apakah vak5in ini selamat?
2. Adakah pemberian vak5in ini agenda dan game kuasa besar untuk kayakan mereka?
3. Apakah WHO dan kuasa tersembunyi sedang cuba mengawal dunia melalui ketakutan covid dan vak5inisasi?
Itu antara persoalan diminda. Jujur aku kata, aku adalah golongan ketiga sebenarnya. Bukan antivac, namun ragu-ragu.
Sehingga aku pernah set dalam minda aku,
‘Aku nak jadi orang terakhir dapatkan vak5in. Bagi orang lain dulu lah’.
Gitu prinsip awal tahun lalu. Seram juga baca kesan vak5in dan teori-teori konspirasi ni. Sebab teori mereka masuk akal juga. Ada pula sumber yang menyokong dakwaan mereka.
Namun pembacaan dan pemerhatian lanjut aku buat dari masa ke semasa. Dan aku memutuskan,
Satu keperluan untuk aku ambil vak5in segera.
Kenapa?
1. Mempercepatkan negara capai herd immunity. Capai hat ni, seluruh negara bebas.
2. Negara maju lain semua pergiatkan vak5in dikalangan rakyat mereka.
3. Negara lain dah bebas dan hidup macam biasa. Boleh tengok bola kat stadium, boleh berkumpul, boleh keluar bekerja dan bermain diluar. Aku nak benda ni berlaku di Malaysia.
4. Nak rentas negeri/daerah, nak ke luar negara perlu ada vak5in. Aku nak pergi Mekah, nak buat haji, nak travel. So aku kena vak5in.
5. Part rentas negeri daerah kena ada vak5in (masih) kena tipu dengan orang atasan. Dem! Dah vak5in pun tak leh rentas. Aku nak balik kampung jumpa ma aku, ziarah kubur ayah aku. Harap lepas ni benarkan mereka yang ada sijil vak5in rentas negeri.
6. Vak5in tak dapat cegah jangkitan covid 100%, namun dapat cegah kita dari pergi ke stage 4 atau stage 5. Stage yang sangat bahaya dan boleh bawa maut.
7. Covid dan kesannya adalah real. Bukan mitos, bukan rekaan. Aku lihat depan mata kawan-kawan kena, ahli keluarga kena, jiran-jiran meninggal dunia. Ramai.
So kepada kawan-kawan dalam golongan ketiga, yang mana masih ragu-ragu dengan vak5in ini, saranan aku, vak5inkan diri cepat-cepat.
Malaysia ni gila. Sektor di mana jangkitan merebak pantas dibuka walau dalam fasa total lockdown. Covid bersepah kat luar sana. Dah ada vak5in rasa lebih selamat.
Usah terpengaruh dengan mereka yang bersungguh-sungguh ajak korang jauhi vak5in. Tolong jangan terpengaruh.
Vak5in ni macam kita naik motor pakai helmet. Helmet tu vak5in. Risiko kemalangan tetap ada, tapi kemungkinan kita nak selamat dan elak dari luka parah.
Ada pula yang hasut kalau positif covid jangn pergi hospital. Nanti dimatikan kata mereka.
Jangan percaya. Sakit, positif covid pergi hospital. Pergi dapatkan rawatan.
Kuman covid ni sangat bahaya. Ia serang paru-paru dengan pantas. Semalam kau berbual elok, hari ni dah boleh meninggal.
Aku lihat depan mata ahli keluarga aku yang kena covid. Aku lihat sendiri betapa cepatnya kuman ini merebak. Dari stage 1 boleh pergi stage 4 dan stage 5 dalam masa beberapa hari sahaja.
Jadi tolong, jika benar disahkan covid, bawa ke hospital walau hospital pun dah padat yakmat.
Duduk rumah, kena serangan lelah, nak bernafas tak cukup oksigen bagaimana nak korang nak bantu? Apa alatan ada kat rumah? Apa kepakaran kalian?
Vak5inlah diri kalian dan keluarga kalian. Ia sangat penting untuk keselamatan diri dan agar kita dapat kembali hidup seperti biasa.
Cuma tu lah. Ramai lagi tak dapat tarikh temujanji untuk cucuk vak5in. Kerajaan tolong perbanyakkan dan percepatkan pemberian vak5in.
Kami dah penat dikurung. Kami dah tak larat hidup begini.
Sekian.
#MFS
.
0 Comments