Asas Pendaraban
Oleh: Mohd Fadli Salleh Subjek / Mata Pelajaran: Matematik Tahun: Kelas Umum
Asas pendaraban. Walau post lama, ilmunya tetap berharga.
Penerangan pada setiap gambar ya!
Point utama :
1. Darab adalah penambahan berulang nombor yang sama.
2. Dalam asas darab, wajib tahu 3 benda.
A) Kumpulan
B) Bilangan dalam satu kumpulan
C) Jumlah semua
3. Penerangan berbentuk gambar penting untuk anak-anak faham konsep asas ini.
4. Setelah faham penerangan bergambar, baru ansur maju terangkan melalui ayat Matematik.
Semoga bermanfaat!
#MFS
– Guru Sekolah Rendah –
Fahamkan anak-anak bahawa Darab itu merupakan Penambahan berulang nombor yang sama.
Buat 3 kotak seperti di atas dan labelkan :
A) Kumpulan
B) Bilangan dalam satu kumpulan
C) Jumlah semua sekali
Letak apa-apa nombor dalam kotak pertama (kumpulan). Contohnya 3, terus buat 3 kumpulan seperti gambar di atas ya.
Letak apa-apa nombor dalam kotak kedua. Dan lukis benda yang mewakili nombor tu untuk fahamkan anak-anak kita.
Contoh, letak nombor 5, semua kumpulan kena ada 5 ekor burung.
Seterusnya, minta anak kira semua sekali benda dalam kumpulan itu. Itulah jawapannya.
Sekarang, anak akan faham kenapa 3 x 5 jawapannya 15. Ini asas penting anak-anak kuasai sebelum mereka hafal sifir.
Bila anak dah faham, WAJIB buat pengukuhan bagi mereka ingat sampai bila-bila. Terus buat soalan lain lagi dan minta anak pula buatkan. InsyaAllah, cepat faham.
Dah kuasai teknik lukis gambar dalam kumpulan, pergi pada teknik advance pula. Guna teknik penambahan.
Contohnya 2 x 4 tu tukar kepada 2 + 2 + 2 + 2.
Jangan lupa terbalikkan nombor juga.
4 x 2 = 4 + 4
At least ajar 3 step ni untuk fahamkan anak-anak tentang konsep asas pendaraban yang asalnya dari penambahan nombor yang sama secara berulang2. Bila anak faham asas, mereka dapat jawab soalan darab walau tak hafal sifir.
Dah faham, tolong buat latih tubi banyak-banyak. Buku latihan darab bahagi paling bagus semestinya Mathzier Sifir. Dapatkan sini : https://shope.ee/4KhAZuCg6a
Anak-anak dah faham tu layan mereka bergambar lah. Bagi mereka seronok. Btw, nota yang aku kongsi hari ni adalah nota lama yang aku kongsi pasa 2017 dulu. Budak-budak tu semua dah kat sekolah menengah dah sekarang. 😁
Ni bukunya. Sangat bagus untuk anak-anak yang lemah darab dan bahagi. Satu set tu baru RM10. Dapatkan sini : https://shope.ee/4KhAZuCg6a
Dapatkan juga koleksi buku latihan Maths, BM, English dan Sains dari Prasekolah hingga darjah 6 ya.
Koleksi buku latihan Prasekolah. Klik sini : https://shope.ee/4V6Dfv5zll
Buku latihan Tahun 1-3 : https://shope.ee/4V6DfyVBKK
Buku latihan Tahun 4-6 : https://shope.ee/8pFCpxrsX2
0 Comments