Bukan takat tampar, adik Aisya juga kena ketuk kepala dengan buku, kena cubit sampai lebam. Bukan sekali, tapi berlaku banyak kali dengan guru yang sama.
Ibu dan abinya sangat tenang, tak mengamuk dan serang guru tersebut, tapi ambil tindakan yang betul jumpa GB dan Pk Hem laporkan hal ini.
Itu tindakan betul dan bijak.
Namun, guru tersebut tak berasa bersalah, tak minta maaf, kata memang itu cara dia mengajar dan walau selepas aduan tetap dia mencubit murid sampai lebam.
Bila kes berulang begini, aku cuma boleh syorkan kepada ibu Aisya untuk buat laporan Sispaa. Laporan Sispaa ni direct sampai ke KPM.
Bila ada laporan serius begini, KPM memang ambil langkah pantas biasanya. KPM akan panjangkan kes ke JPN, seterusnya JPN akan arahkan pegawai PPD turun sekolah siasat.
Dan jika disahkan berlaku seperti aduan, tindakan terhadap guru akan ada. Biasanya amaran awal seperti surat tunjuk sebab dan kena hadiri kaunseling PPD beberapa kali. Atau mungkin ditukarkan sekolah.
Ada banyak juga komen-komen suruh report polis dan saman cikgu tu kat post tu. Pada aku, tak perlu sampai nak menyaman ni.
Prosedur bukan mudah. Nak buka fail pun dah kos mungkin cecah sampai beribu. Nak settlekan perbicaraan biasanya ambik masa 2-5 tahun. Penat turun naik mahkamah, kos habis banyak, dan belum tentu boleh menang.
Better selesaikan dengan cara aduan Sispaa tu lagi. Keputusan dan tindakan biasanya kurang seminggu. Tak perlu kos apa pun, just buat laporan online, sertakan bukti-bukti yang ada.
Namun terpulang pada keluarga adik Aisya lah.
Apa pun, sedikit nasihat pada rakan guru. Mendidik jangan sampai mendera. Menghukum jangan sampai keterlaluan.
Hukuman seperti ketuk buku kat kepala adalah satu hukuman yang tak sepatutnya dan keterlaluan. Sama juga menampar dan cubit hingga lebam.
Aku selalu juga denda murid. Namun biasanya hukuman paling berat pun rotan kat tapak tangan. Murid faham kesalahan mereka, mereka berubah sikap ke arah kebaikan, dah, settle dah tu.
Kata Kiai Hj Maemun Zubair,
“Jadi guru tidak usah punya niat bikin pintar orang. Nanti kamu hanya marah-marah ketika melihat muridmu tidak pintar. Ikhlasnya jadi hilang.
Yang penting niat menyampaikan ilmu dan mendidik yang baik. Masalah muridmu kelak jadi pintar pada Allah. Didoakan saja terus menerus agar muridnya mendapat hidayah”.
Begitulah.
#MFS
0 Comments