Oleh: Mohd Fadli Salleh
Dah hampir jam 12 malam. Kami masih gigih mengangkat set barang dapur untuk agihan esok.
Beginilah rutin harian. Tengah malam akan transfer barang masuk van panel, 4×4, Triton dan kenderaan lain.
Esok pagi-pagi semua team akan berpecah dan bergerak ke lokasi berbeza. Esok last day dah. Dari Khamis kami turun buat agihan bersama team PTPTN. 4 hari untuk agih 2000 set barang dapur.
Setiap hari di Gombak dan Setapak agihan tak pernah berhenti sekitar 500 set sehari. Dana kami makin menyusut. PKPD ni agihan luar biasa terpaksa kami buat memandangkan ramai sangat yang terdesak.
Bulan biasa, agihan sekitar 2000-3000 set sebulan, musim ini meningkat hingga 20,000 set sebulan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan selama ini.
Kerana sokongan kalian sangat banyak keluarga terdesak dapat kita bantu.
564221646925
Maybank
Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.
Dana Kita
Mohd Fadli Salleh
0 Comments