tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh: Mohd Fadli Salleh

DLP baru bermula tahun lepas. Ibu bapa yang dapat tahu sekolah anak dia ada tawarkan kelas DLP semua pakat teruja. Reaksi mereka seperti berikut :-

” Wah! Ini kelas budak pintar. Saya mesti masukkan anak saya dalam kelas ini.”

” Wowwweee! Maths dan Sains dalam bahasa English. Makin bijak anak aku speaking nanti. Nak masuklah.”

Di sinilah kesilapan bermula…

 

dlp

 

Apa itu DLP? DLP ialah singkatan untuk Dual Language Programme. Senang cerita, anak-anak yang ambil kelas DLP akan belajar Sains dan Maths dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Diulang, SEPENUHNYA!

Pertama sekali kau kena tahu, bukan semua sekolah yang tawarkan kelas DLP ini. Hanya sekolah rintis dan sekolah yang berkemampuan dari segi tenaga pengajar dan kelas sahaja yang tawarkan kelas DLP.

Tahukah kau orang, ada murid memang lemah bahasa tapi pintar bab nombor. Maka bila Maths diajar dalam English sedangkan murid itu lemah bahasa tapi pintar nombor, dua-dua dia tercicir.

Sebabnya?

Sebabnya pembelajaran Maths budak tu fully in English. Bukan campur-campur. Soalan exam dan penilaian juga dibuat dalam English sepenuhnya. Bukan dwibahasa.

Dia lemah bahasa, bila belajar nombor dalam bahasa yang dia lemah, maka nombor pun dia tak faham. Simple je. Boleh hadam kan?

Tahukah kau orang, ramai ibu bapa tersilap langkah dan percaturan? Mereka nak anak mereka pintar dan bijak dalam Sains Maths serta hebat speaking, tapi akhirnya anak mereka kecundang dalam kesemuanya.

Tahukah kau orang, ramai ibu bapa yang cuba tarik diri separuh jalan bila masuk kelas DLP? Dan itu TIDAK DIBENARKAN!

Nak masuk kelas DLP, kena tandatangan satu surat perjanjian. Tak boleh tarik diri sekerat jalan. Tak boleh juga join dipertengahan tahun.

Jadi sebelum buat keputusan, kenali keupayaan anak sendiri. Sebelum kau dan dia menyesal.

Apa pendapat aku tentang DLP?

Baik. Ini pendapat bersifat peribadi. Tiada fakta dan kajian lengkap menyokong pendapat aku. Kau nak terima, sila. Kau nak bangkang pun silakan. Tiada halangan.

Bagi aku, kelas DLP bagus untuk murid yang memang pintar dan bagus dalam penggunaan Bahasa Inggerisnya. Kalau kat rumah, kau nak berak pun speaking dengan anak, elok suruh anak join kelas DLP.

Tapi kalau anak kau membaca BM pun merangkak, English hanya tahu Yes dan No, baik ambil kelas biasa.

Tapi sekali kau dah sign masuk kelas DLP, kau kena pastikan anak kau betul-betul mahir dalam English. Kalau dia lemah, hantar tuisyen. Ajar pula kat rumah.

InsyaAllah dia akan dapat ikuti dari masa ke semasa.

Yang dah join dan dapati keputusan anak merosot dan kurang memuaskan, terus beri sokongan pada anak. Jangan bagi mereka down. Jangan tunjukkan kau pun kecewa.

Kau kena terus tenang dan positif. Bagi komitmen dan kepercayaan pada guru dan anak, intensif kau pun kena banyak. Bantu dia, ajar dia sampai dia dapat harungi semuanya.

Itu guna ibu dan ayah. Beri semangat dan sokongan pada anak tersayang waktu mereka rebah. Ke guano boh?

Ingat pesan aku. Fahami betul-betul keupayaan anak-anak kau. Kalau boleh buat simple test kat rumah tentang kefahaman anak-anak mengenai bahasa dan nombor.

Jika dia power bahasa, lemah nombor, boleh masuk DLP. Kalau dia lemah sangat bahasa tapi power nombor, pertimbangkan semula.

Tapi kalau dia power kedua-duanya, fikir apa lagi. DLP adalah kelas terbaik untuk anak kau.

Boleh hadam?

#MFS

Sila join channel tele saya untuk perkembangan isu dunia pendidikan dan juga tips Matematik. Klik saja link ini :-
https://t.me/EbookCikguFadli

Shopee

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


kedai-buku-shopee
“Cikgu! Cikgu! Buka kan penutup air ni,” jerit murid dari kantin.

“Cikgu! Cikgu! Buka kan penutup air ni,” jerit murid dari kantin.

"Cikgu! Cikgu! Buka kan penutup air ni," jerit murid dari kantin. Botol air yang berpeluh sejuk itu aku pegang, penutupnya dibuka perlahan-lahan. Botol air dihulur, murid lain pula datang beratur, "Cikgu. Buka kan roti saya". Aku ambil dan buka roti roti itu. Murid...

Kisah hari pertama sekolah

Kisah hari pertama sekolah

Kisah hari pertama sekolah. Jemput GB kami, Cikgu Ikhwan untuk merasmikan Minggu Transisi Tahun 1. GB beramah mesra dengan murid-murid. Macam-macam soalan dia ajukan. Sampai satu soalan, GB bertanya, "Jangan nakal tau. Orang nakal ni kawan dengan syaitan. Siapa nak...

Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti Pengukuhan yang Menyeronokkan – Cara Permainan Berapakah

Aktiviti pengukuhan yang menyeronokkan. Oleh kerana ramai yang tanya bagaimana nak buat aktiviti ni, aku share kembali aktiviti pengukuhan yang aku reka sendiri 16 tahun lepas ni. Game yang sesuai untuk murid tahun 1-6. Game ini saya namakan "Permainan BERAPAKAH?"...

Video permainan BERAPAKAH?

Video permainan BERAPAKAH?

https://youtu.be/1gaDp1XG71Q Video permainan BERAPAKAH? Permainan yang menarik untuk murid sekolah rendah. Sangat digemari oleh murid-murid disamping mempunyai unsur KBAT dan dapat mengukuhkah ingatan murid dalam sesuatu topik. Moga bermanfaat 😉 #permainanBERAPAKAH...

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya.

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya.

Murid tahun 1 Murni datang ke depan sambil bawa benda ni dan tanya : M : Cikgu, nak buat apa dengan star star ni? C : Mana la cikgu tahu. Mana awak dapat star ni? M : Saya beli kat bookshop tadi. C : Dah awak pun tak tahu nak guna mcmana buat apa beli? M : Saya tengok...



Shopee
durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

  • Norliza on Silang kata Online Bahasa Melayu: “Terima kasih atas perkongsian….bahan yang amat membantu… mohon izin guna ya.Mar 22, 11:12
  • zurita binti mamat on Silang kata Online Bahasa Melayu: “terima kasih, cikgu.sangat bermanfaat untuk murid-murid saya..saya minta izin guna bahan cikgu ya.Mar 18, 21:43
  • Francisca Anak Nijit on Latih Tubi Tambah dan Tolak: “Terima kasih cikgu atas perkongsian ini. saya follower cikgu. Bnyak bahan saya cari untuk bantu anak saya buat latih tubi.…Mar 13, 11:29
  • SABLIAH TANGKI on Silang kata Online Bahasa Melayu: “TERIMA KASIHMar 11, 14:24
  • Nurfarzyana razak on Lembaran Kerja PdPR Bahasa Inggeris Tahun 1: “Terima kasih cikgu kerana sudi berkongsi.saya sebagai parents kadang-kadang mencari latihan yang boleh anak² lakukan dirumah pada waktu cuti..Mar 5, 16:02

Kategori

Kalendar

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Arkib