Fasa awal perkahwinan 5 tahun pertama memang mencabar.

Jumpa poster ni. Terus relatekan dengan diri sendiri. Fasa awal perkahwinan 5 tahun pertama memang mencabar.

Masa tu baru nak kenal hati budi pasangan, baru nak mulakan hidup berpasangan dan berkeluarga, kekangan kewangan dan gaji yang rendah dan pelbagai cabaran lagi.

Lebih kurang gambar inilah kami diawal perkahwinan dulu. Gaji aku tak sampai RM1,500, lepas kahwin licin semua simpanan yang sejemput cuma tu.

Maka bermulalah kehidupan sebagai suami isteri dengan saving RM0. Kosong gais, kosong!

Bermula dengan tiada apa. Bertatih, merangkak, berguling, tergolek, tersungkur diawalnya.

Dan benarlah janji Tuhan. Rezeki anak-anak itu Allah dah tetapkan. Dan ganjaran besar buat mereka yang terus bersabar.

Jika ada dikalangan kawan-kawan tengah ada krisis dengan pasangan, tengah merancang untuk berpisah dan memilih yang lain, cuba kenang kembali saat awal perkahwinan kalian dulu.

Siapa disisi saat kita tiada apa. Saat kita jatuh terluka. Saat kita berada di titik paling rendah.

Mungkin yang baru hadir hari ini melihat kita sudah senang. Melihat kemewahan yang bakal mereka miliki jika berjaya ‘mencuri’ kita.

Yang baru kenal mungkin lebih bergetah, lebih cantik, lebih lawa. Namun mereka belum pasti akan terus setia jika kita kembali jatuh dan susah. Kerana niat asal mereka mendekat untuk mendapat kesenangan.

Berbeza dengan pasangan yang bermula susah dengan kita, InsyaAllah akan terus menyokong dan setia walau seteruk mana kita jatuh semula.

Jika ada masalah, baiki hubungan, restart baru jika perlu. Dapatkan khidmat kaunseling. Kembalikan kebahagiaan yang makin suram.

Begitulah sebaiknya.

Selamat pagi dunia!

#MFS
– Family man –

modul-jawi
word-search-puzzle

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



video-kafa
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

May 2025
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031