Mudahnya belajar BAHAGI oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh

buku-xplorasi-stem
tudung-si-comel
pentagonmath

Mudahnya belajar BAHAGI


Oleh: Mohd Fadli Salleh Tahun/Tingkatan: Kelas Umum Subjek: Matematik

(Reshare post 10 May 2017)
 

Mudahnya belajar BAHAGI

Okey, ini tajuk paling sukar dan dibenci oleh murid-murid sekolah rendah. Payah kata mereka. Nah, ini malam aku tunjukkan cara yang mudah nak faham soalan BAHAGI.

Kau klik pada setiap gambar. Aku dah tulis satu persatu kat situ. Okeylah, penat dah aku menulis dan mengajar kau orang hampir sejam ni. Lapar nasik dah ni.
Kalau dah faham kau komen ” TERIMA KASIH CIKGU HENSEM “.

Terima kasih, terima kasihlah juga. Kalau terserempak kat mana-mana belanjalah aku pizza hut barang sekotak dua.

===========

Seperti biasa, yang merasakan artikel ini bermanfaat dan ingin SHARE, silakan SHARE. Aku halalkan segala ilmu yang disampaikan.

PENCERAHAN ADA PADA SETIAP GAMBAR.

#MFS

ayat-matematik

Gambar 1

 
 

Gambar 1:

Pertama sekali, buat Ayat Matematik seperti ini. Biarkan tempat kosong itu terus kosong tanpa sebarang angka dahulu.

Jelaskan bahawa Bahagi adalah lawan bagi Darab. J

ika DARAB = KAJ ( Kumpulan x Ahli = Jumlah ) maka BAHAGI = JAK ( Jumlah bahagi Ahli = Kumpulan )

Ini asas yang kau kena ulang sampai anak ingat bahawa tempat kosong yang pertama itu untuk JUMLAH SEMUA OBJEK, tempat kosong kedua itu untuk BILANGAN OBJEK DALAM SATU KUMPULAN dan jawapannya merupakan KUMPULAN.

lukis-objek

Gambar 2

Gambar 2:

Langkah kedua, kau lukis beberapa objek. Contohnya macam aku buat. Aku lukis 15 biji bola.

Bola ke tu? Hahaha, maafkan aku. Kesenian aku memang tahap Picasso. Orang macam kau mana faham seni aras dewa ni. �

kira-jumlah

Gambar 3:

Gambar 3:

Suruh anak kira berapa jumlah semua sekali objek itu. Kau kira lah sama-sama, bagi dia semangat sikit.

Macam aku selalu buat, mula-aku kira dengan murid guna Bahasa Melayu. Bila aku buat contoh lain, aku kira dalam English pula. Contoh seterusnya aku kira dalam Bahasa Arab. Lagi satu contoh aku kira dalam Bahasa Jerman.

Apa? Kau ingat aku tak pandai Bahasa Jerman?

Memang aku tak pandai pun. Aku hentam sajalah. Budak-budak bukan tahu. Kemain depa puji aku. Siap tepuk tangan lagi,

” Pandai betul cikgu. Bahasa Jerman pun cikgu tahu.”

Kahkahkah. Itu seronoknya mengajar budak-budak.

JUMLAH SEMUA OBJEK yang dikira itu adalah jawapan untuk TEMPAT KOSONG YANG PERTAMA.

Faham kan?

Gambar 4

Gambar 4:

Kemudian, kau bulatkan lima-lima objek dalam satu kumpulan.

Kau pun kira la dalam Bahasa Sepanyol pula BILANGAN OBJEK DALAM SETIAP KUMPULAN (Ahli) dan tulislah jawapan dalam TEMPAT KOSONG YANG KE DUA.

Faham ke tak ni? Dah bagi gambar siap penerangan bertulis macam ni kau tak faham lagi, tak tahu nak kata apa dah aku.

Mohon makan kismis dengan pokoknya sekali lah.

jawapan

Gambar 5

Gambar 5:

Langkah terakhir tentu jawapan.

Kira je ada berapa kumpulan yang terhasil. Kat sini contohnya 3, maka jawapannya ialah 3.

Yeayyyy!!!! Senangnya belajar bahagi kan?

Masa tunjuk jawapan akhir ni kau joget-joget sikit. ���

Jerit hooreeyy kuat-kuat biar jiran sebelah dengar. Biar depa pun datang jenguk apa hal yang kau gembira sangat ni. Untung-untung dia suruh kau ajar anak dia tuisyen, dah dapat kau buat side income.

Bijak tak idea aku?

Tapi bab joget dan jerit hooreeyyy kuat-kuat tu kau kena buat betul-betul tau. Suruh anak kau joget sama.

Kita yakinkan mereka bahawa BAHAGI itu mudah. Budak ni kena psiko dari kecik beb, biar mereka tanam dalam kepala otak mereka Matematik ni seronok. Siap boleh joget-joget lagi.

uji

Gambar 6

Gambar 6:

Dah pandai mesti la kena uji kan? Jika tidak mana kita tahu itu berlian atau kaca. Cheewaahh, berlian kaca lagi kau!

Kau tulis la beberapa soalan bahagi yang senang. Yang penting jangan lebih 30. Penat weh nak melukis objek kalau kau tulis soalan 99 / 3 = [ ].

Kau tulis sahaja soalan macam ini. Tinggalkan tempat jawapan itu kekal kosong dan JANGAN LUKIS SEBARANG OBJEK. Biar anak kau yang lukis sendiri.

lukis-objek

Gambar 8

Gambar 8:

Suruh dia lukis objek berdasar jumlah. Contoh soalan aku ialah 12 / 4 = [ ]

Jadi, bimbing dia lukis 12 OBJEK dahulu. Lukis la apa-apa yang senang. Jangan pergi lukis naga pula. Penat weh nak lukis 12 naga. Nak kena sama pula tu.

So, lukis benda senang macam bintang atau bulu hidung.

Jangan lupa tanya dia untuk kukuhkan kefahaman dia.

” Kenapa lukis 12 objek?”

Lepas tu kau sendiri kena jawab,

” Sebab soalan tanya DUA BELAS bahagi 4. Sebab tu kena lukis DUA BELAS.

Kalau soalan tu tanya 48 bahagi 4, kena lukis EMPAT PULUH LAPAN objek. Faham takkkk?”

Kena tanya dengan intonasi teruja giteww. Yang aku tulis huruf besar, kau tekankan suara. Ala, pandai-pandai kau lah. Takkan semua aku kena ajar. Hmmm

kumpulan-empat-empat

Gambar 9

Gambar 9:

Kemudian suruh dia buat kumpulan empat-empat. Kira objek empat, bulatkan. Kira lagi empat, bulatkan lagi. Sampai semua objek tu ada dalam kumpulan masing-masing.

Pastu kau tanya dia,

” Kenapa kena bulatkan empat-empat? “

Pastu kau jawab sendiri,

” Sebab soalan tanya 12 / EMPAT! Bahagi EMPAT kena bulat EMPAT lah. Kalau bahagi lapan bulatkan lapan-lapan.”

Budak-budak ni memang bila kau tanya, kau sendiri kena jawab. Kalau tunggu dia jawab, sampai subuhlah. Bila mereka dah faham elok baru mereka yang jawab tanpa perlu disuruh lagi.

Itu petanda mereka dah faham dan itu petanda kau dan berjaya!

��� Jogetlah sikit.

* Bulatkan = buat kumpulan.

suruh-mereka-kira

Gambar 10

Gambar 10: 

Akhir sekali, suruh mereka kira berapa KUMPULAN YANG TERHASIL. Dan itulah JAWAPANNYA. Lepas tu kau jerit sampai jiran kau terkejut lagi,

” SENANG TAK ADIK??”

” SENANGNYA MAMA!”

” JOM JOGET POCO-POCO DIK!”

��������

Maka berjogetlah kau sampai subuh. Kalau laki ada sama, ajak dia joget sekali.

Sesekali buang tebiat apa salahnya.

cuba-adik-kira

Gambar 11

Gambar 11:

” Kalau senang, cuba adik jawab soalan nombor 3 ini. Adik buat sendiri,” kata kau dengan lembut dan pandang dia dengan pandangan kasih dan sayang.

‘Hanger’ kau selit bawah bontot tau. Bila dia silap atau lupa, terus muka kau yang penyayang itu kau tukar menjadi singa yang bengis. Keluarkan ‘hanger’, sebat atas meja biar berkecai ‘hanger’ tu. Baru dia ingat sampai mati.

Eh, tak lah. Aku gurau je lah. Tapi kalau kau buat betul-betul pun bagus juga.

faham-konsep

Gambar 12

Gambar 12:

Bila mereka dah faham konsep, kau teruskan pula ajar aras yang lebih tinggi.

Kau ajar dia bahawa BAHAGI itu lawan bagi DARAB. Kau tulis beberapa contoh SOALAN BAHAGI dan tukarkan kepada SOALAN DARAB.

Yang mana kurang faham nak selesai cara bahagi, mereka boleh selesaikan soalan tu dengan cara darab.

Dan ya, suruh anak hafal sifir. Paksa kalau perlu. Maksudnya bukan paksa pakai penyapu ke apa. Kau ugut je tak bagi tengok tv dan main telefon setahun. Gerenti berjayalah tektik ini.

tunjuk-contoh

Gambar 13

Gambar 13:

Bila kau dah tunjuk beberapa contoh untuk tukarkan SOALAN BAHAGI kepada SOALAN DARAB, kau suruh mereka pula cuba tukarkan.

Tak perlu jawab pun, suruh mereka tukarkan je 90/10=[ ] menjadi [ ]x10=90.

Tu je dulu. Bagi mereka betul-betul faham bahawa BAHAGI itu terbalik dari DARAB.

Yelah, kalau soalan 90 / 10 = [ ] tu mereka lukis 90 objek, mahu setengah jam baru siap. Nak nak kalau dia lukis objek susah macam kuda tengah minum air. Berpeluh beb menunggu anak siap lukis 90 ekor kuda tengah minum air.

Jadi, ajar anak selesaikan masalah bahagi menggunakan teknik darab. Faham kan?

Kalau dah faham, berzumbalah lagi. ��

Sekian sahaja. Harap dapat faham elok lah ya.

bergambar

Gambar 14 (terakhir)

Gambar 14:

Akhir sekali kau bergambar la sebagai tanda ingat-ingatan atas kejayaan kau mengajar anak sendiri. Bila lagi kan?

Aku – sentiasa kekal macho bergaya.

NOTIS PENTING

 

Pertanyaan mengenai bahan

  • Untuk sebarang pertanyaan mengenai bahan, sila rujuk kepada pemilik asal bahan. Sila ambil perhatian bahawa admin tidak mempunyai jawapan untuk soalan-soalan dari bahan pendidikan, kecuali yang tersedia dalam pos.

Bagaimana untuk muat turun imej dan fail?

  • Sila klik kanan pada setiap imej untuk memuat turun atau muat turun fail PDF di bawah pos.

Terima Kasih

  • Kami berharap perkongsian kami hari ini akan membantu perjalanan pendidikan anak anda. Sila kongsikan dan terima kasih kerana melawat kami di Cikgu Fadli Online.

IMPORTANT NOTICE

 

Questions regarding the material

  • For any questions regarding the material, please refer to the original owner of the material. Please note that the admin does not have answers for questions from educational materials, except those available in the post.

How to download images and files?

  • Please right-click each image to download or download the PDF file below the post

 

Thank You

  • We hope that our sharing today will help your child’s educational journey. Kindly share, and thank you for visiting us at Cikgu Fadli Online.
shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mewarna Poster Cuti Sekolah

Mewarna Poster Cuti Sekolah

🌎  Hai adik-adik! Hari ini, Admin Azlin ingin berkongsi bahan pembelajaran dan pendidikan (PdP) yang baru untuk...

CVC Puzzles Worksheet

CVC Puzzles Worksheet

CVC Puzzles Worksheet Sumber / Guru: Zatil Aqmar(Atil)      Mata Pelajaran / Subjek : Bahasa Inggeris  Tahun /...

35 Perkataan KVKVK

35 Perkataan KVKVK

35 Perkataan KVKVK  Sumber / Guru: Zatil Aqmar(Atil) Subjek / Mata pelajaran: Bahasa Melayu Tahun / Tingkatan: Kelas...

Daily Conversation (Part 1)

Daily Conversation (Part 1)

Daily Conversation (Part 1) Teacher / Source : Easy English with Madam Nagiha Year / Form: Kelas Umum Subject: Bahasa...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

October 2024
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Arkib