tudung-si-comel
pentagonmath

murid-berbakat

Murid yang berbakat.

Masuk kelas 3 Teguh, murid-murid pakat bagitau,

“Cikgu-cikgu, dia menyanyi best. Cikgu suruh lah dia nyanyi. Dia pandai nyanyi lagu Janam Janam”

Tanpa berlengah aku panggil murid tersebut.

“Cuba awak nyanyi cikgu nak dengar” pintaku.

“Saya malu la cikgu. Saya tutup mata boleh?” Jawab murid tersebut

“Oklah, tutup mata pun tutuplah. Janji awak menyanyi. Cikgu nak dengar,” pujukku tanpa putus asa.

Maka sambil menutup mata murid tu pun mula menyanyi. Murid-murid lain mula kerumun. Perlahan sahaja murid ni menyanyi. Kena letak telinga sebelah mulut dia baru dapat dengar elok.

Tapi benar, suaranya amat merdu. Yang hebatnya, dia mampu ingat lirik lagu Janam Janam tu. Bukan calang-calang orang dapat hafal lirik lagu Nustan ni. Aku pun tak dapat.

Murid ni, agak slow dalam pelajaran. Tapi sikap dan perangainya di sekolah sangat bagus. Tiada masalah disiplin, rajin buat kerja walau tidak semuanya betul. Selalu tersenyum walau agak pendiam orangnya.

Semoga murid ini berjaya suatu hati nanti. Doa cikgu sentiasa mengiringi. 🙂

Sanggup mengenepikan perasaan malu demi memenuhi hasrat guru, terima kasih anak. Ada kemuliaan di situ yang boleh cikgu pelajari dari awak.

#MFS
-Kisah Sekolah Rendah

T.me/EbookCikguFadli

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

2 Comments

  1. Fazidah Hani

    Salaam Cikgu, cikgu ada ke FB ? Saya ingin share post cikgu dgn anak2 saya yang lemah dlm bahasa melayu. Mereka bersekolah di singapore. Terima kasih cikgu…

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Siapa Patut Jadi Gol Keeper?

Assalamualaikum Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini, saya ingin berkongsi satu kisah yang diceritakan oleh...

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Hadiah Pembaris untuk Cikgu

Masa rehat murid kelmarin, aku buat kerja kat meja macam biasa sebelum tiba-tiba adik Adam ni mai tegur. "Cikgu,...

Kisah Lucu di Kelas Matematik

Kisah Lucu di Kelas Matematik

"Kalau ada yang tak faham datang tanya cikgu okeh. Dah, buat kerja sekarang". "Baik cikguuuu!" bergegar kelas dengan...

Teka-Teki Budak Sekolah

Teka-Teki Budak Sekolah

M : Cikgu, saya ada teka teki.C : Ok, apa dia?M : Burung apa tak suka perempuan?C : Burung hantu?M : SalahC : Habis tu...

Lawak Teka-Teki di Kelas

Lawak Teka-Teki di Kelas

Masuk kelas tadi, murid datang mai bagi teka teki. "Cikgu. Coklat apa tak boleh berlari?" "Aik. Semua coklat tak boleh...



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib