MRSM Pengkalan Chepa adalah salah satu MRSM paling unggul di Malaysia.
Suatu ketika dulu, keputusan Add Maths MRSM PC ini saban tahun menjuarai dan mendapat tempat pertama. Pelajar-pelajar sana mendapat markah paling tinggi secara purata dalam negara berbanding MRSM dan SBP yang lain.
Maka ramailah guru-guru Add Maths seluruh negara bertanya pada guru Add Maths MRSM PC apa rahsia kejayaan mereka. Guru MRSM PC menjawab,
“Petuanya hanya satu. Benkeng.”
Ya, ketegasan dan garang itu punca pelajar fokus dan terus rajin.
Majoriti pelajar perlu dipaksa. Jika hanya berlembut, ramai yang ambil mudah.
Bila bertegas dan garang, walau dalam tak suka, walau dalam takut-takut dan rasa terpaksa, mereka menghafal formula. Mereka buat latih tubi dalam keadaan terpaksa, namun ilmu yang mereka dapat itu lekat di kepala selamanya.
Masa dimarah, masa didenda, masa kena paksa, mereka semua pasti tidak suka. Pasti ada bibit benci.
Namun setelah melihat hasilnya, berpusu-pusu pelajar yang benci itu tadi mencari guru benkeng ini dan mengucapkan terima kasih atas kegarangan mereka.
Kerana benkeng seorang guru itulah lahirnya pelajar cemerlang. Kerana benkeng mereka itulah ramai yang berjawatan besar sekarang.
Jadi ibu bapa, sesekali perlu paksa juga anak-anak dalam belajar. Sesekali perlu tegas dan benkeng. Sesekali, perlu marah dan menjadi singa di rumah.
Kerana semua orang tahu, marah seorang guru, benkengnya seorang ibu, demi kasih pada anak-anak mereka.
Saya masih yakin, ketegasan dan kegarangan masih perlu ada dalam mendidik anak-anak.
Namun ingat, lembut dan pujukan pun perlu juga ya. Jangan hanya tahu marah-marah semata-mata.
Tolong ‘paksa’ anak hafal sifir. Tolong!
#MFS
[ Mohd Fadli Salleh ]
0 Comments