Maaf orang Gombak, Setapak dan sekitar. Agihan barang dapur terpaksa DIHENTIKAN serta merta.

video-kafa

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Maaf orang Gombak, Setapak dan sekitar. Agihan barang dapur terpaksa DIHENTIKAN serta merta.

Sedih aku petang ni. Sedih sungguh.

Ada report terhadap kami buat agihan barang dapur. Maka petang ini, 4 anggota polis Setapak datang dengan van polis dan kereta peronda.

Sampai depan kedai mereka bunyikan siren. Anggota polis datang bercakap dengan aku yang kami tidak lagi boleh buat agihan di kedai ini.

maaf-dana-kita-1

Empat anggota datang petang ini setelah laporan diterima. Baik-baik belaka anggota ni. Mereka sangat-sangat bertolak ansur. Terima kasih tuan.

Pegawai datang dengan penuh santun, sopan dan baik hati.

“Encik. Saya tahu encik nak bantu orang. Kami dah maklum lama dah Dana Kita buat agihan di sini. Sebelum ini tiada masalah sebab tiada laporan.

Sekarang kami terpaksa datang dan bagi amaran agar jangan lagi buat agihan begini. Kalau perlu bantuan untuk kawal keadaan, encik boleh hubungi kami bila-bila masa sahaja. Kami boleh datang dan bantu.

Cuma itulah. Sementara ini encik stop dulu ya”.

Baik. Sopan. Penuh tolak ansur anggota yang datang bincang tadi. Langsung tiada ugutan, bercakap dengan nada lembut dan memahami.

Terima kasih tuan. Kami akur pada arahan.

maaf-dana-kita-2

Beginilah saban hari depan kedai kami. Pintu kedai kami tutup. Buka sedikit sahaja untuk hulur barang dapur. Pun ada yang dengki. 😢

Cuma….

Aku pasti esok pagi berderet lagi orang akan beratur depan kedai. Pasti pintu kedai diketuk bertalu-talu untuk dapatkan sekampit beras, sekilo tepung dan barangan lain.

Aku dah arah staff buat notis dan tampal depan pintu kedai bahawa agihan bantuan barang dapur akan dihentikan serta merta.

Isnin ni aku akan terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk bincang dengan mereka bagi dapatkan surat kebenaran khas untuk agih bantuan di kedai kami. Kami akan cari RELA juga untuk jaga waktu agihan nanti.

Kami tak boleh duduk diam. Ramai orang susah diluar sana. Takkan kami nak tengok saja sedangkan kami ada kemampuan untuk membantu?

maaf-dana-kita-3

Jarak cukup dijaga. SOP penuh. Ada sanitizer, ada scan suhu, orang yang datang wajib scan My Sejahtera dan tulis nama dalam buku.

Bagaimana orang yang buat report polis terhadap kami boleh lena tidur mereka setiap malam?

Tidakkah mereka ada hati dan perasaan?

Tidakkah mereka fikirkan keadaan keluarga orang lain yang tengah kesempitan?

Yang habis beras di dapur, yang tiada apa satu pun lauk untuk dimasak, anak-anak kecil yang menangis kehabisan susu sepanjang hari?

Tidakkah mereka berfikir tentang itu?

Aku sedih sungguh dengan hal ini sampai habis kata-kata. Entahlah. Kami nak bantu orang ramai yang sedang susah sahaja.

maaf-dana-kita-4

Lihatlah sendiri kesusahan orang ramai. Dengan anak kecil didukungan pun datang untuk ambil barang dapur. Bagaimana agaknya nasib keluarga seperti ini bila kami tidak lagi dibenarkan untuk membantu? 😭

SOP dijaga. Agihan secara teratur dan tersusun. Bukan main serbu. Ada check suhu, wajib scan My Sejahtera, kami sediakan sanitizer lagi. Tapi tetap ada yang dengki.

Dengki kamu tidak sedikit pun menjejaskan aku. Tidak. Ia menjejaskan nasib keluarga miskin dan tersepit.

Tak apa lah. Arahan dah dikeluarkan. Kami akan akur dan patuh pada arahan. Bermula esok pagi tiada lagi agihan ya. Bagitahu kat kawan-kawan area Gombak, Setapak dan sekitar.

Isnin ni aku nak ke Jabatan Kebajikan Masyarakat – JKM. untuk bincang dengan mereka bagaimana kami dapat teruskan usaha membantu orang ramai dalam musim pandemik ini.

Semoga dilancarkan segala urusan kami. Jika ada kawan-kawan kerja di JKM Kuala Lumpur, mohon mereka bantu kami ya.

Terima kasih Balai Polis Setapak dan semua anggotanya yang begitu berdedikasi, penuh tolak ansur dan ingin membantu.

Doakan agar usaha kecil kami untuk membantu orang ramai ini dipermudahkan. Amin.

Tidak banyak tapi sentiasa.
Tidak ramai tapi ada.
Tidak kaya tapi cakna.

Dana Kita
Mohd Fadli Salleh

modul-jawi
cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *



tudung-si-comel
langan-durioo
mfsbooks

Kategori

Arkib

Kalendar

November 2024
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930