tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh : Dr. Salbiah Salleh

Pengurusan kewangan Abah.

10 pesan Abah kami semat di hati hingga mati.

 


1. Kita perlu bijaksini (bijak mengatur urusan di dunia) dan bijaksana (bijak mengatur urusan akhirat). Bila kerja, sisihkan duit untuk sedekah. Rugi besar orang tidak sedekah. Gaji bulanan hanya guna untuk diri sendiri saja, rugi! Kerja hanya dapat penat sahaja tapi akan lelah di alam sana.

2. Jangan beri hanya lebihan duit bulanan untuk Ma & Abah. Dahulukan duit untuk Ma & Abah setiap bulan. Beri tanpa henti setiap bulan. Walaupun Ma & Abah dah ada duit, tapi bagilah ibu bapa merasa duit gaji anak-anak. Situlah barokah duit anak-anak. Bab duit gaji ni, seingatku setiap kali gaji, abangku Mohd Ariff Mohd Salleh tidak akan berbelanja atau pulang ke rumah sehinggalah duit bulanan diserahkan kepada Ma & Abah. Kata Abah.. “jangan sampai bila ma & abah takde, anak-anak akan menyesal sebab tiada tempat lagi untuk dikongsi keseronokan. Gaji makin besar tapi kegembiraan makin kurang”

3. Setiap bulan simpan duit dalam Tabung Haji. Potong gaji secara istiqomah. Setiap kali naik gaji, tambah simpanan tabung haji. Jangan anggap naik gaji itu lesen untuk bermewah-mewah. Hiduplah secara sederhana sahaja. Duit Tabung Haji ni guna sekiranya kecemasan atau nak beli apa-apa aset dan waqaf. Inilah harta sebenar kita.

4. Mesti niat nak bawak keluarga pergi haji atau umrah. Simpanan khas untuk anak-anak rm30 sahaja sebulan. Bawak anak-anak pergi umrah bila dah baligh. Jangan bawak masa kecil sebab rugi anak-anak tidak faham apa dan boleh mengganggu ibadat kita.

5. Jangan kerap tukar kereta. Tanda awal kepapaan ialah tukar kereta. Beli kereta untuk guna bukan untuk bergaya. Orang akan puji sekali saja kereta kita cantik bergaya. Yang menanggung diri kita sendiri sampai bila-bila.

6. Pelbagaikan sedekah bulanan kita. Beri makan, beri keperluan, sedekah kepada orang tua, kanak-kanak & orang gila juga. Kalau ada masjid dalam pembinaan, masukkan duit bahagian kita. Akhir-akhir usia Abah, Abah banyak pergi pondok ke pondok untuk bina pondok orang tua dan pelajar.

7. Usaha untuk mencari siapa memerlukan sumbangan, masjid mana dalam pembinaan. Setiap bulan, deretan akaun sumbangan ada dalam list Abah. Abah akan ke ATM dibawa anak-anak untuk agihkan kepada yang memerlukan. Abah memberi tidak banyak tapi istiqomah. Abah tak suka longgokkan kepada satu badan atau individu sahaja, tapi biarlah sedekah kita tu ramai akan merasa walau sedikit.

8. Gembirakan kanak-kanak. Bila jumpa bagi duit. Tegur kanak-kanak, raikan kewujudan mereka. Bila hari raya atau pergi Mekah beli coklat untuk kanak-kanak. Bila besar.. kanak-kanak ni akan ingat. Kasih sayang itu akan dipupuk hingga tua.

9. Kalau makan di kedai, jadilah orang yang akan bayar dan belanja kawan-kawan atau keluarga makan. Besar pahala bagi orang makan. Abah tak akan masuk makan di kedai kalau duit sikit. Abah cukup susah hati kalau masuk kedai, ada kenalan tapi Abah tak dapat bayarkan.

10. Apabila buat kebajikan, niatlah pahala kebajikan untuk orang tua yang sudah tiada. Mereka tertunggu-tunggu pahala dan doa dari anak-anak yang masih hidup.

Selama 74tahun usia Abah..

Dengan bekerja hanya seorang diri

Membesarkan anak 9 orang

Tapi kami dapat menyaksikan bagaimana disiplin Abah menguruskan kewangan itu menjadikan rezeki yang dapat bukan hanya untuk kami sekeluarga

Tapi untuk ummah secara keseluruhannya.

Terima kasih Allah

Mendatangkan kami seorang insan yang banyak mendidik dan mengajar kami ilmu kehidupan alam fana dan alam abadi di sana

Sayang Abah hingga ke syurga ❤️

Nota : Kali ini saya hanya copy paste semula tulisan kakanda saya Dr Salbiah Salleh . Moga bermanfaat.

Mohd Fadli Salleh

shopee

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Abah dan Ziarah.

Abah dan Ziarah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Abah dan ziarah. Abah cukup suka ziarah. Ziarah orang sakit, ziarah orang tua, ziarah sanak...

Abah dan Persahabatan.

Abah dan Persahabatan.

Oleh:  Mohd Fadli Salleh Abah dan persahabatan. Abah kalau dia bersahabat, memang sayang selamanya. Dari zaman muda,...

Abah dan Sedekah.

Abah dan Sedekah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Abah dan sedekah. Dulu aku masih ingat, masa aku kecil hingga remaja abah selalu bawa aku...

Abah dan anak-anak.

Abah dan anak-anak.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Abah dan anak-anak. Abah seorang yang tegas, tapi penyayang. Dalam mendidik anak, memang ada...

Ma, punca kekuatan abah.

Ma, punca kekuatan abah.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Ma, punca kekuatan abah. Abah dan ma dijodohkan oleh saudara terdekat. Tidak pernah bercinta...

Abah dan kesederhanaan.

Abah dan kesederhanaan.

Oleh: Mohd Fadli Salleh Abah dan kesederhanaan. Abah cukup sederhana dalam kehidupan. Lihat saja kereta abah, pakai...

Abah dan Dana Kita

Abah dan Dana Kita

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh  Abah dan Dana Kita. Masa aku buat NGO Dana Kita, abah tak tahu pun. Beberapa bulan...

Happy birthday to me. 🎂

Happy birthday to me. 🎂

Oleh: Cikgu Mohd Fadli Salleh  Happy birthday to me. 🎂 Terima kasih Tuhan atas setiap hela nafas untuk 38 tahun ini....



langan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

September 2024
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Arkib