tudung-si-comel
pentagonmath

Oleh: Mohd Fadli Salleh

Abah dan sedekah.

Dulu aku masih ingat, masa aku kecil hingga remaja abah selalu bawa aku sebagai peneman mencari masjid dalam pembinaan, pergi ke pondok-pondok agama, rumah anak yatim dan pusat tahfiz.

Abah pergi untuk sedekah sebahagian dari duitnya sebagai simpanan akhiratnya.

Selepas abah pencen dan masih kuat, abah memandu sendirian pula memandangkan anak-anak dah mula membawa haluan masing-masing.

Namun kadangkala adik aku, kakak atau cucu abah bawa untuk temani ke sana ke mari. Satu Kelantan abah pusing hanya untuk bersedekah.

Sampai satu masa, abah tidak lagi dapat ke sana sini seperti biasa akibat uzur dan tidak mampu drive kereta jauh-jauh lagi.

Abah jenis old school. Abah tak pandai online banking. Telefon abah jenis Nokia yang bukan smart phone. Abah juga tak pernah suruh anak-anak buat online transfer untuk bersedekah.

Aku anggap, abah dah meninggalkan rutin bulanan dia asbab makin uzur dan tua.

Aku anggap, abah rasa dah cukup dengan sedekah tetap bulanan keperluan barang dapur untuk keperluan keluarga yang abah bayar kedai Pok Ta sekitar RM1500 setiap bulan dan Pok Ta yang urus pengagihan.

Aku anggap, abah dah berhenti infaq untuk masjid, pondok dan pusat tahfiz kerana mungkin bagi abah simpanan di alam sana dah ‘cukup’.

Rupanya aku salah. Aku cukup salah.

Bila abah tiada, anak-anak buka wallet abah. Ada kertas dan kad yang abah selit dalam walletnya itu. Kertas dan kad itu ditulis puluhan nombor akaun bank masjid, pondok dan pusat tahfiz.

Adik beradik yang selalu teman abah ke ATM cucuk duit baru perasan, setiap kali abah beratur depan mesin agak lama.

Rupanya abah tak pernah tinggalkan amalan ini sehingga akhir hayatnya. Allah abah.

Terima kasih abah tetap mengajar dan mendidik kami meski pun abah telah pergi.

Sayang abah hingga ke syurga. ♥️

Mohd Fadli Salleh

Abah sujud syukur dan solat sunat dalam Masjid Dana Kita yang masih dalam pembinaan.

 

Nombor akaun pondok-pondok agama di Kelantan

 

Nombor akaun masjid, tahfiz dan tabung Jariah.

 

Nombor akaun masjid dan pondok

 

Nombor akaun pondok lagi

 

Rasanya ni pun nombor akaun masjid juga

 

Abah sentiasa mendidik kami tanpa henti dengan setiap amal perbuatannya yang boleh kami tiru. Terima kasih abah. ♥️

.

ebook-cikgu-hakim

MEMO BERKENAAN KOMEN

Laman blog ini dikunjungi bukan sahaja oleh ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga oleh para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, mengandungi kritikan, politik atau tidak sesuai tidak akan diluluskan. Sila gunakan nama dan alamat e-mel sebenar anda (nama samaran yang sopan masih boleh diterima.

This blog is visited not only by parents, teachers, and the general public but also by students and learners. Comments that are impolite, contain criticism, or politics, or are unsuitable will not be approved. Please use your real name and email address (polite pseudonyms are still acceptable).

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shopee

Tiga golongan orang yang takkan rugi.

Tiga golongan orang yang takkan rugi. 1. Memaafkan walau mampu membalas. 2. Tidak mengungkit segala jasa dan pengorbanan. 3. Meninggalkan tempat yang ramai sedang bercerita umpatan dan fitnah tentang orang lain. Percayalah. Takkan sesekali rugi. Selamat pagi! #MFS [...

Dia macam kereta model terbaru.

Dia macam kereta model terbaru.

Dia macam kereta model terbaru. Syarikat kereta akan sorok sehabis baik design kereta mereka. Sumber / Guru: Mohd Fadli Salleh   Dia macam kereta model terbaru. Syarikat kereta akan sorok sehabis baik design kereta mereka. Untuk bagi orang teruja nak tahu...

Kecantikan itu subjektif.

Kecantikan itu subjektif.

Kecantikan itu subjektif. Sumber / Guru: Mohd Fadli Salleh   Kecantikan itu subjektif. Pada mata kita biasa-biasa, pada mata pasangannya dia merupakan pasangan tercantik di dunia. Cantik atau tidak, itu cuma sementara. Itu cuma pada pandangan mata. Yang...

Jika hari ni kita berkuasa

Jika hari ni kita berkuasa

Jika hari ni kita berkuasa Sumber / Guru: Mohd Fadli Salleh   Jika hari ni kita berkuasa, kita ternama, kita kaya, kita lebih dalam apa-apa, gunakan kelebihan itu untuk membantu orang lain pula. Kerana segala apa yang kita miliki pasti akan pergi di suatu nanti....

Semua Orang ada 24 Jam Sahaja Sehari.

Semua Orang ada 24 Jam Sahaja Sehari.

Semua orang ada 24 jam sahaja sehari. Masa terasa berlalu dengan pantas saban hari. Namun aku perasan satu benda, masa akan terasa lebih lama bila solat awal waktu. Orang lain aku tak tahulah. Tapi pada aku secara peribadi, solat awal waktu buat aku rasa hari itu...



durioo
belajar-sirah-nabi



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Arkib