Penting sungguh kata-kata motivasi dari guru kepada anak-anak didik mereka.

tudung-si-comel
pentagonmath

motivasi-dari-guru

Hari last sebelum raya cina suatu ketika dahulu, ada masa matematik bagi tahun 3 kelas paling hujung. Aku mengajar macam biasa, beri kerja rumah sikit memandangkan cuti agak lama. 15 minit terakhir, aku suntik kata-kata motivasi untuk menaikkan semangat juang mereka.

“Cikgu tak marah awak jawab salah, cikgu marah bila awak malas. Bila cikgu bagi kerja, kena siapkan. Mula-mula memang banyak salah, makin lama awak makin bijak dan lama-lama awak makin pandai. Murid yang rajin buat kerja ni, dia akan jadi murid yang bijak suatu hari nanti. Lebih bijak dari murid kelas paling depan, lebih bijak dari cikgu sendiri.”

“Siapkan kerja sekolah, tak faham minta mak ayah ajar, abang dan kakak pun boleh. Cikgu pernah ajar murid yang lemah tapi rajin buat kerja, masa UPSR dia dapat A dalam maths padahal awal tahun dulu markah dia E, tak sampai 20% pun markah.”

Bla…bla….bla…
Panjang bebelanku.

Hari pertama lepas naik cuti, aku tak mengajar kelas tu hari tu. Tapi tiap kali aku selisih murid kelas tu, terus mereka cakap:

” Cikgu, cikgu! Saya dah siap kerja!”

Paling kelakar, waktu melintas kelas mereka untuk masuk kelas lain, bilamana nampak aku lalu depan kelas, berlari murid-murid keluar kelas nak bagitahu mereka siap kerja.

Sedangkan ada guru lain dalam kelas mereka masa tu! Cepat-cepat aku hambat masuk kelas mereka dan suruh mereka hormati guru yang sedang mngajar mereka.
Hmmm… anak-anakni jujur sungguh.

Penting sungguh kata-kata motivasi dari guru kepada anak-anak didik mereka. Benarlah kata orang, murid lebih mempercayai guru mereka melebihi kepercayaan kepada ayah ibu mereka sendiri.

Berkatalah yang baik-baik, berkawanlah dengan murid, agar mereka lebih mempercayai kita seterusnya memudahkan tugas kita untuk mendidik mereka.

Hanya Allah yang tahu betapa dalamnya cintaku pada kerjaya ini.. ๐Ÿ™‚

* Dalam gambar ni aku ajak murid main permainan BERAPAKAH? sebagai pengukuhan topik penambahan dan penolakan yang tengah mereka belajar. Seronok mereka main. Aku pun seronok juga sebab aku pun join main sama.. Hehe!

#MFS

– Kisah Sekolah Rendah –
T.me/EbookCikguFadli

ebook-cikgu-hakim

Laman Blog ini dikunjungi bukan sahaja ibu bapa, guru dan orang awam, malah juga para murid dan pelajar. Komen yang kurang sopan, berbaur kecaman, politik atau tidak sesuai tidak akan di -approve. Sila gunakan nama dan email yang sebenar (nama samaran yang sopan masih boleh diterima).

- Admin Elin-

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


shopee
Murid ni murid pemulihan. Baca kira dia sangat lemah

Murid ni murid pemulihan. Baca kira dia sangat lemah

Murid ni murid pemulihan. Baca kira dia sangat lemah. Matematik ada 5 waktu seminggu. 2-2-1 agihan waktunya. Masa 2 waktu, dia akan masuk kelas pemulihan. Masa 1 waktu baru masuk kelas bersama kawan-kawan lain. So, aku dapat jumpa dia sekali je seminggu, 4x lagi dia...

Latihan buku aktiviti Matematik Tahun 3 m/s 75 tu bagus betul.

Latihan buku aktiviti Matematik Tahun 3 m/s 75 tu bagus betul.

Latihan buku aktiviti Matematik Tahun 3 m/s 75 tu bagus betul. Ada perkaitan Pecahan, Peratus dan Perpuluhan. Kreativiti murid juga dicungkil bila mereka bebas cipta corak apa pun. Latihan sebegini memang merangsang minda murid-murid. Suka betul aku kalau soalan...

Cikgu. Cikgu kena tulis hal ni dan buat hebahan awam

Cikgu. Cikgu kena tulis hal ni dan buat hebahan awam

"Cikgu. Cikgu kena tulis hal ni dan buat hebahan awam," kata Sitiawa Mohd Noor kat aku semalam. "Hebahan apa pula ni?" soalku kehairanan. "Pagi tadi kan ada pertandingan melukis yang Dana Kita anjurkan kat Surau Al Amin. Seorang budak ni, lukisan dia cantik sangat....

Mak ai, cantiknya kelas.

Mak ai, cantiknya kelas.

Tadi kena relief kelas 2UM. Mak ai, cantiknya kelas. Patut johan kelas tercantik saban minggu. Hiasan cantik-cantik ni biasanya duit poket cikgu la dihabiskan. Bukan sepuluh dua habis ni. Bukan takat duit, masa dan tenaga pun habis. Tapi dah minat kan. Mereka tetap...

Li. Alhamdulillah dah ada murid Tahun 3 lepas ujian kali ni.

Li. Alhamdulillah dah ada murid Tahun 3 lepas ujian kali ni.

Minggu lepas, Cikgu Hanafi yang mengajar kelas pemulihan datang jumpa aku dan cakap, "Li. Alhamdulillah dah ada murid Tahun 3 lepas ujian kali ni. Dah dipulihkan dan tak perlu dah masukkan ke kelas pemulihan" "Wahhh. Syukurlah. Berjaya juga mereka ya" "Tu lah. Seronok...



Shopee
langgan-durioo



mathzier-eazier-1-0

JOM BERSEDEKAH

dana-kita-pay

LANGGAN UPDATE TERKINI

Recent Comments

Kategori

Kalendar

October 2023
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib